Friday, October 22, 2010

Teka teki Imam Ghazali

Satuhari,Imam Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya,lalu Beliau bertanya(berteka teki):

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"Orang Tua
Murid 2 ;"Guru"
Murid 3 ;"Teman"
Murid 4 ;Kaun Kerabat"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI,sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"(surah al-imran 185)

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling jauh dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"China"
Murid 2 ;"Bulan"
Murid 3 ;"Matahari"
Murid 4 ;"Bintang"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling benar adalah MASALALU,oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan Agama"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling didunia ini?"
Murid 1 ;"Gunung"
Murid 2 ;"Matahari"
Murid 3 ;"Bumi"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling besar sekali adalah HAWANAFSU,(Surah al-a'raf :179)maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling berat di dunia?"
Murid 1 ;"Baja"
Murid 2 ;"Besi"
Murid 3 ;"Gajah"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH(surah al-ahzab :72)tumbuh-tumbuhan,haiwan,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khlifah(pemimpin)di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyangupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling ringgan didunia ini?"
Murid 1 ;"Kapas"
Murid 2 ;"Angin"
Murid 3 ;"Debu"
Murid 4 ;"Daun-daun"
Imam Ghazali ;"Senua jawapan itu benar,tetapi yang paling ringgan sekali di dunia ini adalah MENINGGALAKN SOLAT,gara-gara perkerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab ;"Mata pedang"
Imam Ghazali ;"Ya,benar,tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSA,
kerana melalui lidah manusia dengan nudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan saudaranya sendiri"

Wednesday, October 20, 2010

Rintihan(ELAIKA)

Ku sembahkan rintihan kepadaMU
Tuhan sekalian makhluk

Akan harapanku

Sekalipun aku seorang yang berdosa

Wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah


Bila mana keras hatiku

Dan terasa sempit perjalananku

Ku jadikan rayuan(rintihan) daripadaku

Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMU


Bila mana Engkau yang memiliki keampunan

Menghapuskan dosa yang berterusan ini

KurniaanMU dan keampunanMU

Adalah merupakan rahmat dan kemulian

Bukankah Engkau yang memberi aku makan

Serta hidayah kepadaku

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan

Anugerah dan nikmat itu kepadaku

(Walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)


Semoga orang yang memiliki ihsan

Mengampunkan kesalahanku

Dan menutup dosa-dosaku

Serta setiap perkara yang telah lalu

Sekiranya Engkau ampunkan aku

Ampunkan dari kederhakaan,

Kezaliman dan penganiayaan

Yang tak akan terhapus

Di hari berhimpun kesedihan


Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku
Aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu

Akan memasukan diriku ke dalam neraka

Dia adalah seorang yang fasih

Ketika menyebut/mengingati Rabbnya

Dan bila mana dia bersama selain Tuhannya

Di dunia ini dia membisu


Dia(Rasulullah saw)berkata;

Kekasihku

Engkaulah tempatku meminta dan berharap

Cukuplah Engkau bagi yang berharap

Sebagai tempat bergantung dan memohon

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


Di saat ku jaga,aku rindu

Dan di saat ku lelap,aku berharap

Mengiringi langkahku

Dengan penuh semangat dan berulang

Sesungguhnya dosaku adalah besar

Sejak dulu dan kini

Namun(ku tahu) keampunanMU

Yang mendatangi hamba

Adalah lebih besar(agung)

Dan lebih mulia..


- Syair Imam Syafie -

Sunday, September 5, 2010

Tazkirah ;Kata-kata Hikmat Saidina Ali bin Abi Talib

"Lakukan kebaikan dan janganlah kamu mengutuk apa apa kebaikan,kerana kebaikan yang kecil sebenar nya besar dan kebaikan yang sedikit sebenarnya banyak. Janganlah salah seorang daripada kamu mengatakan bahawa orang lain lebih layak daripadaku untuk menbuat kebaikan kerana demi Allah S.W.T akan berlaku sedemikian."

Rindu Serindu Rindunya..



"Anda sedih,gelisah,rindukan keluarga dihari raya?SMS on RINDU hantarkan ke 32326"

Saturday, September 4, 2010

Tiba-Tiba Teringat..


Malam ni aku tak dapat lelapkan mata,walaupun keletihan namun masih belum mengantuk,mungkin sebab teringatkan keluarga di tanah air,rindu semakin membuak-buak,tambahan aidilfitri semakin hampir,kenangan beraya bersama mak,ayah,keluarga dan rakan-rakan bermain difikiran,rasa seperti hendak pulang ke tanah air sahaja..

Sudah 2 tahun aku tidak beraya bersama keluarga,sudah 2 tahun juga aku tidak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku,wangian tangan mereka terasa bagai nak hilang,kerinduanku pada mereka hanya Allah yang tahu,bila tibanya syawal,air mata yang selama ini disimpan mengalir menuruni cerun pipiku,tak dapat ku tahan walaupun setitik.."Mak,Ayah..Selamat Hari Raya,maafkan fahmi,fahmi banyak dosa dengan mak dan ayah,fahmi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki"..itulah kata-kata yang aku ucapkan kepada kedua orang tuaku bila tibanya Aidilfitri,sesungguhnya anakmu ini terlalu banyak dosa padamu..

Pada tahun ini juga aku kehilangan rakan seperjuanganku,masing-masing pulang ke tanah air,terdetik rasa iri hati kepada mereka,namun itu semua hanya bisikan syaitan semata-mata,aku redha dan pasrah,sebagai sahabat aku mendoakan agar mereka selamat sampai dan selamat kembali,agar kita dapat berhimpun semula seperti dahulu..

Hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya,syawal pula datang membawa Aidilfitri,tapi Aidilfitri kali ini akan terasa sepi,mungkin kerana keluarga dan sahabat yang dirindui,namun semua itu ujian kepadaku,aku bersyukur dan ikhlas menerima semua takdir ilahi,kepada keluarga dan sahabat-sahabat,meriahkanlah aidilfitri ini,tanggalkan air matamu,jangan biarkan ia mengalir,yang aku pinta doakanku dan kawan-kawan disini semoga sentiasa succes dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan..

Sesungguhnya Mak,Ayah,keluarga dan kawan-kawan sentiasa aku ingat sehingga nafas yang dipinjam terhenti,pengorbanan mereka"tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas"..jadi sama-samalah kita mengakhirkan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan ibadat kepadaNYA,semoga hidup sentiasa diberkati,insyaALLAH..:)

Friday, September 3, 2010

Bangun Kembali..


Apabila ditimpa musibah,bencana melanda,dan berlakunya trajedi,kita menyebut"Ya Allah"..Apabila kita tersepit dengan tekanan hidup,harapan terhenti,semua jalan pintas menjadi buntu,kita juga menyebut"Ya Allah"..kita tidak pernah jemu,tidak pernah lesu menyebut nama Sang Pencipta..

Namun apabila diberikan kesenangan,kemewahan hidup,kita leka,kita lalai dibuai bisikan syaitan,dan nafsu..waktu yang ada dibiarkan berlepas pergi,tanpa kita sedari yang ia tidak akan kembali lagi menjenguk kehidupan lalu..sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,bila tak berjaya,macam-macam salah,ini salah,itu salah,pendek kata semuanya salah..itulah sifat manusia yang sukar menyalahkan diri sendiri..

Seharusnya apabila kita ditimpa musibah,ikhlaskan hati,yakinkan diri,kerana setiap sesuatu yang diuji pasti ada hikmahnya.Muhasabah diri,jangan lalai lagi,gunakan masa yang ada dengan sebaiknya,lipat kertas yang diconteng itu,buangkan ia ke dalam tong sampah,agar dapat dikitar semula menjadi kertas putih yang baru,yang masih kosong dari coretan mata pena.Pastikan coretan kali ini mengunakan pena yang betul.Mulakan lakaran dengan penuh kesabaran dan ketekunan supaya isi-isinya menjadi tersusun dan teratur..


Sesungguhnya orang yang berjaya akan bangga kerana hasil usaha dan kesabarnya,jadi ikhlaskan niat,usaha dengan semangat,doa supaya berkat,tawakkal mesti kuat,syukur dengan nikmat,insyALLAH hasilnya pasti hebat..berjaya dunia akhirat..Selamat Menjalani ibadah puasa,perbanyakan ibadat,semoga dipermudahkan urusan wahai sahabat..:)

Wednesday, September 1, 2010

Macam-Macam Kawan


"Oit,lepas la oiii..kawan sendiri pun mau makan ka,memang dasar kawan makan kawan"

Moral>carilah kawan yang ikhlas berkawan,kalau salah pilih takut jadi tak ketahuan..

Tuesday, August 31, 2010

Kawan..


Kawan,Kawan,Kawan.. Sama ertinya dengan teman,sahabat,dan rakan.. Cuma yang membezakan nilai seorang kawan.. Kawan baik?Kawan jahat?atau boleh jadi Kawan makan kawan.. Bila dah dimakan ditinggalkan sisa merata-rata.. Dibuang tanpa belas kasihan..itu kawan,atau musuh?.. Confius..confius..confius.. Hidup jadi seronok,jadi happy bila berkawan.. Tapi hidup jadi serabut,tension juga sebab kawan.. Ada orang tak suka berkawan,ada orang suka berkawan.. Tapi apakah kawan boleh dipercayai.. Hanya seperti "gunting dalam lipatan".. Ataupun ibarat "kacang lupakan kulit".. Tapi jika kawan ibarat "bukit sama didaki,lurah sama dituruni" Maka beruntunglah badan.. Kita ibarat watak utama dalam sebuah opera.. Kawan ibarat watak sampingan yang menghidupkan lakonan.. Jika watak sampingan itu rosak,hancur.. Maka lakonan kita akan turut lebur.. Membakar diri dengan kejahatan dan kemungkaran.. Jika watak sampingan itu baik,mantap.. Maka lakonan anda akan turut hebat.. Menyuluh cahaya menerangi impian.. Carilah kawan,pilihlah teman.. Bersama menangung berat yang dipikul.. Bersama meringankan beban yang dijinjing.. Kerana kawan memainkan peranan penting dalam kehidupan..

Moral>Jangan makan kawan..makan nasi lagi sedap..:)

Dipaksa Berpuasa..

"dah sebulan puasa masih tak turun berat badan aku ni,adoi yaiii.."

"alamak,kantoi curi lauk plak..nasib baik sempat sembunyi..bila nak berbuka,tak tahan dah nie.."

" erm..lambat lagi ke nak berbuka nie..apa punya tuan,aku pun dia suruh puasa.."

Yang Lalu Biarkan Berlalu..

Sudah menjadi lumrah kehidupan,setiap orang mempunyai kisah silam tersendiri,kisah yang tak dapat dilupakan,kadang-kadang bila diingat kembali akan mengembirakan hati dan sebaliknya..Manusia sebenarnya tidak perlu takut untuk melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya kebelakang,kerana angin yang bertiup akan terus menghembus ke depan,dan air sungai sentiasa akan mengalir ke depan,tanpa ada pengunduran,oleh kerana itu berpalinglah kedepan,yang lalu biarkan berlalu..

Serahkan segalanya kepada taqdir agar diri tidak dikuasai dengan kebencian,penyesalan yang bisa membawa kebinasaan,percayalah saudaraku dan redhalah dengan segala ketentuan ilahi.Kadang-kadang kita membutakan mata,memekakan telinga dari melihat dan mendengar tentang hikmah yang tersirat dalam kesedihan yang menerpa,pasti ada kebaikan,pasti ada cahaya secerah harapan yang membantu diri keluar dari kegelapan. Lipat,buangkan peristiwa masa lalu di dalam tong sampah,lupakan dan kurungkan ia di dalam penjara besi agar tidak terlepas dari kebebasan..

Bila sedih,gelisah,takut,risau,maka carilah penawar dari penyakit-penyakit itu,solatlah..solatlah,kerana solat itu tiang agama,jika kyusuk dan tekunnya solat itu,maka teguhlah tiang yang dibina,insyALLAH dengan izin Allah S.W.T,dapatlah menghilangkan kesedihan dan ketakutan,ketika Rasulullah S.A.W ditimpa masalah,bagina bersabda kepada
Bilal Bin Rabbah.."Wahai Bilal,Aku dapat merasakan ketenangan dengan solat(al-hadith)"..

Oleh itu,carilah penawar itu,tambahan lagi dibulan mulia ini,perbanyakan ibadat semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan,dan mendapat ganjaran pahala yang besar.Ringankan tangan memohon kepadaNYA agar orang yang kita sayang,yang kita kasih bersama-sama dengan para solihin,yang lalu biarkan berlalu,janganlah menyalahi sunnah kehidupan..

-Hadri-Al-Hasif sekeluarga- $ -Nasriah sekeluarga- & -Muhd Afif Zuhdi- $ semua..
AL-FATIHAH,semoga roh dicucuri rahmat dan
bersama orang-orang yang soleh..ameen...

Monday, August 30, 2010

Gelagat Anak-anak Ramadhan


"Ya Allah kuatkanlah imanku untuk aku meneruskan ibadah puasa ini,mak aku cakap
nak bagi RM10 sehari.."..moral>ikhlaskan hati apabila berpuasa,budak macam ni boleh la
coz baru nak belajar maa..

Moral>Adakah ini cara terbaik..."erm..nak minum ke tak,nak minum ke tak..???"..

Keletihan berpuasa..moral"melentur buluh biar dari rebungnya"leh buat lemang..hu2

Seloka PuaSa


Bulan ibadah Bulan Ramadhan..
Bulan Kerahmatan dan Keampunan..
Bulan Puasa menguji Kesabaran..
Ikhlaskan diri menghadapi Rintangan..

Syaitan diikat dirantai ketat..
Namun manusia tak juga selamat..
Kerana bahaya masih terdapat..
Nafsu diri tak pernah penat..

Banyakan diri mengingati Allah..
Nafsu tidak menguasai diri..
Seperti mana firman Allah..
"Dengan mengingatiku menenangkan hati"

Waktu berbuka ditunggu-tunggu..
Juadah tersedia berbagai rasa..
Azan bergema masuknya waktu..
Jari menyusun membaca doa..

Kawal nafsu apabila makan..
Takut malas melakukan ibadah..
Sunat terawikh jangan tinggalkan..
Mendapat pahala amatlah mudah..

Selepas terawikh quran dibaca..
Menjadi kebiasaan berzaman-zaman..
Menunggu waktu bersahur pula..
Begitu hidupnya bulan Ramadhan..

-SeLaMaT BeRpUaSa & BeRiBaDaT..:)-

Monday, April 12, 2010

Ayahku..Perwiraku...


Ayah,merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang yang bergelar Anak..Gelaran Suami bagi seorang yang bergelar Isteri..Gelaran lelaki bagi yang sudah berumahtangga dan bercahaya mata..Ayah bagi mereka ini adalah dikalangan golongan yang terpenting dalam membentuk sesebuah institusi kekeluargaan,merupakan watak utama dalam drama kehidupan,yang akan tamat episodnya bila dipanggil sang Pencipta..Namun perwatakan seorang yang bergelar ayah tidak dapat digambarkan dengan mata yang melihat,tidak dapat dijawab dengan segala kepandaian akal, hanya insan yang bergelar Ayah dapat mengetahui tentang isi hidupnya...

Jasa seorang ayah,pengorbanan seorang ayah mengerahkan segala keringatnya,sanggup membasahi jasadnya demi anak-anak dan isteri tersayang amat memilukan..bila ditanya adakah ayah keletihan,adakah ayah kepenatan,hanya senyuman palsu diukirkan,demi mengembirakan hati kecil seorang anak,semua tuntutan dan kemahuan si anak diikuti tanpa membantah...ketegasan ayah bukanlah untuk menyakiti,tetapi untuk memberi suntikan semangat kepada si anak berjuang dan bertarung melawan musuh Islam,yang berjanji menyesatkan kaum Adam..hanya satu kemahuan ayah,agar anak-anak berjaya dalam pentas kehidupan,dapatlah ayah menumpang kegembiraan bersama-sama,kecemerlangan anak adalah kebahagiaan bagi ayah..kaulah ayahku,kaulah perwiraku..


Kepada pembaca blog ini,sama-samalah kita hayati hadis Rasulullah
,sabda Rasulullah"telah datang seorang sahabat kepadanya dan ia bertanya;wahai Rasulullah,aku hendak pergi berjihad bersamamu..maka ditanya Rasulullah,adakan ayah dan ibumu masih lagi hidup,sahabat menjawab;mereka masih hidup ya Rasulullah..maka berkata Rasulullah jihadlah kamu bersama ibu-bapa kamu.."

Carilah redha kedua Ibu dan Bapa kita..kerana keredhaan ALLAH bersama-sama dengannya..kepada sesiapa yang sudah kehilangan Ayah atau Ibu atau kedua-duanya,berdoalah semoga mereka dicucuri rahmat dan diberikan nikmat syurga bersama para-para Solihin..al-fatihah...

Senyum Selalu Kerana..


Ia percuma tapi amat berharga,ia menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin,datangnya seperti kilat tetapi masih berlegar di ingatan sepanjang masa,tidak ada sesiapa yang terlalu kaya hingga tak memerlukannya, dan tidak ada yang terlalu miskin hingga tak mampu memperolehinya…

Ianya menjadikan sesebuah perhubungan menjadi bahagia,kebaikan dalam persaudaraan dan kemesraan dalam persahabatan…

Ia memberikan kekuatan kepada orang yang keletihan,memulihkan semangat kepada yang kecewa,menggembirakan yang kesedihan dan ubat yang mujarab kepada kerunsingan…

Ia tidak boleh dibeli,dipinta dan dicuri kerana ia berharga apabila diberikan sebagai hadiah dan tidak ada sesiapa yang memerlukan lebih daripada seorang yang tidak lagi memilikinya untuk diberikan kepada orang lain…

-M ZARUNNAIM-

Monday, August 10, 2009

HaDiAh UnTuK IBU...


Di kaki langit awan berarak mendung,namun tiada tanda hujan akan turun,angin bayu bertiup membawa diri,menambahkan rasa kedamaian hati,namun kedamaian itu tiba-tiba lenyap dibawa angin kencang serta di basahi hujan,itulah kehendak tuhan sebagai majikan kepada sekalian makhluk..Sedang menghayati ciptaan tuhan,hatiku mula diusik dengan kenangan,kenangan yang tidak dapat ku lupakan dan tidak dapat ku padamakan walaupun sedikit,air mata mulai jatuh menampar pipi yang kasar ini"mengapa kau pergi dulu sebelumku??belum puas berkasih mesra,mengapa begini kesudahannya...mengapa?Tuhan tidak adil,tidak adil!!" Tetiba sahaja aku bagaikan hilang pertimbangan,melemparkan tuduhan yang tidak sewajarnya aku ucapkan sebagai seorang yang beragama islam.Fikiran ku kusut,tak terbendung melawan takdir yang datang menerpa tanpa disangka-sangka.Dalam kebingungan,ku imbas kenangan dulu..

Aku adalah seorang ibu tunggal kepada anak-anaku,along,angah dan achik,selepas kematian suamiku,akulah yang membesarkan mereka,ku hidangkan mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian walaupun kadang-kadang diri ini selalu memarahi mereka,tambahan along.Along merupakan anak yang degil bagiku,tingkahnya mengingatkan aku kepada arwah suamiku yang keras kepala,fikiranku mula mengimbas kenangan bersama suami tercinta...
Dalam keasyikan tiba-tiba aku diterpa,terperanjat aku bagaikan nampak hantu,rupanya anaku achik..''mak,stokin adik mana???"..itulah soalan yang selalu ditanya achik,seorang yang manja dan nakal,namun aku tidak pernah jemu menjawabnya.."ada atas almari tu,mak dah letakan semuanya disitu,cari dengan mata adik''..tersenyum aku melihat gelagat anak kecilku itu..selain dari achik,angah adalah satu-satunya anak gadis yang aku miliki,angah berbeda dengan adik dan abangnya,dia seorang yang lemah lembut dah rajin membantuku membuat kerja rumah,hampir semua kerja rumah dibuatnya,kadang-kadang rasa bersalah aku dibuatnya,dengan kerja rumahnya,sekolah lagi,aku pernah menegurnya tapi jawapan yang sama ku dengar.."angah tak kisah mak,mak pun macam ini kan dulu??''..tidak hairanlah,aku pun seperti angah dahulu,membantu keluarga meringankan beban mereka,air mata ku mula menitis membasahi pipiku yang kedut seribu itu,mengigatkan kenangan dahulu bersama mak dan ayah,jasa mereka tidak dapat aku balas,hanya doa ku kirimkan..Akhir sekali,anaku yang sulong,seorang anak yang malas,sudah tamat persekolahan tetapi tidak mahu berkerja.."along malas la mak..along nak keluar"..itulah jawapan yang selalu bemain ditelingaku bila disuruh along membantuku,teguran yang aku sampaikan,tidak dihirau,hanya terus keluar tanpa bicara.Along memang seorang anak yang keras kepala,tidak pernah serik dengan apa yang aku lakukan keatasnya,

Aku masih ingat lagi,aku memukul along kerana dia dituduh mencuri,along hanya menjerit menafikan tuduhan itu.."bukan along mak,bukan along".."along nak malukan mak ke,nak malukan keluarga kita ke??itu lah pertanyaan yang aku ajukan kepadanya sambil sebatang kayu hinggap di belakangnya,aku tidak hiraukan rintihan anaku itu,apa yang aku mahu along berubah,mungkin dengan bekas pukulan itu dapat mengingatkan along supaya jangan mengulangi perbuatan itu lagi,''sayang anak bukan dimanja-manja,tapi dipukul-pukul''..
Selepas kejadian itu,along jarang bercakap dengan ku,dan jarang ada di rumah,tapi aku tidak kisah kerana aku tahu dia pandailah jaga diri,lagipun aku masih ada angah dan achik yang lebih menyenangkan hatiku..''buat apa ada anak yang menyakiti hati"..aku berbicara di dalam hati..

TOK-TOK-TOK..ASSALAMUALAIKUM..pintu diketuk beberapa kali,ku tahu itu mesti suara Arif,kawan along,aku segera membuka pintu,inginku tahu apa tujuannya..''waalaikumsalam,ya ada apa Arif??''..aku bertanya..''erm..mak cik,along ada tak,dia ada ajak saya pergi ke pekan tadi,dia kata mustahak''..''ke pekan!!..''sambil ku berkata di dalam hati..aku tahu,anak macam along itu mana ada benda yang mustahak,yang dia tahu melepak dan menghabiskan masa sahaja,ibarat kata orang-orang dahulu"hidup kerja nak habiskan beras saja''..."ada,sekejab y..ALONGGGGG..!!!ni Arif datang ni"..along pun keluar dari biliknya dengan membawa satu bungkusan,aku tidak tahu apa kandungannya,dlm fikiranku mungkin duit ataupun rokok.."erm..mak,along nak keluar sekejab,ada kerja,nanti along balik kita makan sama-sama ye"..along meminta izin kepadaku,tetap ku tidak hiraukan.."along pergi dulu ye mak??..mak jaga diri ye.."..tiba-tiba aku tersentak seketika,tidak pernah aku dengar perkataan itu keluar dari mulut along"mak jaga diri ye"..tapi aku tetap tidak hiraukan,kerana aku sudah masak dengan perangainya,along terus keluar meninggalkan suasana petang itu..


Angin mula bertiup kencang mematahkan suasana sunyi di waktu malam,kilat sabung menyabung,membuktikan kekuatan diri,seolah-olah semuanya sedang berkerja,namun diriku tidak,asyik ke hulur ke hilir,anak yang tidak pernah ku tatang,yang tidak pernah ku kisah mula bemain dalam fikiran,mengingatkan kata-katanya siang tadi membimbangkan naluri ibuku.."mak,kenapa ni,dari tadi asyik berjalan ke hulur ke hilir??''..tegur angah dan achik yang sedang menonton tv diruang tamu.."along ada telefon tak??"..tanya aku kepada angah dan achik..''tak pun,ala..nanti along balik la,alongkan dah besar,pandai la dia jaga diri"..pujuk angah yang sedang menemani adiknya menonton rancangan kartun "WONDERPET",tapi aku tetap bimbang,diriku mula rasa bersalah dengan apa yang aku lakukan petang tadi,fikiranku melayang memikirkan perkara yang bukan-bukan,.."YA ALLAH,kau selamatkanlah anaku,kau selamatkanlah along"..

ASSALAMUALAIKUM..pintu rumahku diketuk bertalu-talu bagai dilanda gempa bumi..WAALAIKUMSALAM...aku membuka pintu dengan harapan along sudah pulang...tapi,aku dapati hanya Arif sahaja dalam keadaan termengah-mengah..''mana along Arif??"..tanya aku dengan nada yang agak tinggi.."along..errr..along kemalangan mak cik.."..darahku mula naik ke kepala,apa yang aku fikirkan tadi benar-benar terjadi,anaku along kemalangan??..hatiku mulai runsing,air mata ku turun berderai-derai tanpa henti,fikiranku melayang-layang memikirkan along,anak yang selama ini aku tidak hiraukan.."along dimana sekarang Arif???hospital mana???''dalam nada sedih aku bertanya..''Hospital Alor Star mak cik"..aku segera membawa angah dan achik yang masing-masingnya menangis mengenangkan nasib abangnya di Hospital..
Setibanya aku di Hospital,aku melihat keadaan anakku yang sangat menyedihkan,hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu,angah dan achik masing-masing belum berhenti menangis,aku juga tidak dapat menahan air mata yang aku pikul dari tadi,aku tewas dalam penuh kesedihan.."YA ALLAH..kau selamatkanlah nyawa anakku..''ku berdoa pada ILAHI tanpa henti..sedang khusyuk dalam berdoa,datang seorang lelaki berpakaian putih,ku tahu dia adalah doktor yang merawat anakku,segera ku dapatkanya..''doktor,bagaimana keadaan anak saya??''..ku tarik baju putih yang menyelimuti tubuhnya..''maaf,anak puan tak dapat kami selamatkan''..TIDAK!!!..aku menjerit berteriyakan memanggil nama along,anak yang selama ini ku tak hiraukan,yang ku tak beri kasih sayang,di mana tanggugjawabku??dimana janjiku kepada suamiku??..aku bukan ibu yang baik,aku jahat...aku jahat..teriakanku semakin kuat,perlakuanku kepada along sebelum ini berlegar-legar di otak kecilku ini..tiba-tiba ku disapa oleh Arif dengan memberikan aku satu bungkusan,dari along katanya,ku buka bungkusan itu,ku dapati ada sebungkus balutan dan sepucuk surat,ku baca isi surat tersebut dengan penuh kesedihan,air mataku jatuh membasahi warkah itu hingga tidak kelihatan tulisannya,alangkah sedihnya aku,bila along menceritakan kejadian sebenar padaku bahawa bukan dia yang melakukan pencurian itu,Arif juga memberitahuku,bahawa along bukan pencuri itu,malah dialah yang menolong untuk menangkap pencuri itu,aku rebah ke lantai,tubuhku mulai rasa lemah,apabila aku terbaca satu baris daripada surat itu yang berkata..."MAK,SELAMAT HARI LAHIR MAK..HARI NI HARI LAHIR MAK KAN,ALONG ADA BELIKAN HADIAH UNTUK MAK,MAK BUKA LA,MESTI MAK SUKA..MAK..ALONG NAK MAK TAHU,ALONG SAYANG MAK,ALONG JANJI AKAN JADI ANAK YANG BAIK DAN AKAN JAGA MAK"..."mak pun sayang along,maafkan mak along"..angah dan achik bersama meratapi kematian abang mereka,suasana Hospital pada hari itu betukar dengan teriyakan kami sekeluarga...YA ALLAH,adakah aku ibu yang baik,adakah aku ibu yg bertanggungjawab,adakah aku isteri yang solehah..hanya engkau yang tahu YA ALLAH,ampunkan dosaku,ampunkan dosa along YA ALLAH..aku redha dengan ujianMU,KAU cucurilah roh along YA ALLAH,along..maafkan mak...MAAFKAN MAK.........

Sahabat-sahabat,kita slalu dengar kasih ibu menuju kesyurga..tapi pernah kita dengar kasih anak menuju ke mana..kasih anak bersama ibunya..tanpa ibu tiadalah anak,tanpa anak tiadalah gelaran IBU.. renung-renungkanlah...