Saturday, September 4, 2010

Tiba-Tiba Teringat..


Malam ni aku tak dapat lelapkan mata,walaupun keletihan namun masih belum mengantuk,mungkin sebab teringatkan keluarga di tanah air,rindu semakin membuak-buak,tambahan aidilfitri semakin hampir,kenangan beraya bersama mak,ayah,keluarga dan rakan-rakan bermain difikiran,rasa seperti hendak pulang ke tanah air sahaja..

Sudah 2 tahun aku tidak beraya bersama keluarga,sudah 2 tahun juga aku tidak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku,wangian tangan mereka terasa bagai nak hilang,kerinduanku pada mereka hanya Allah yang tahu,bila tibanya syawal,air mata yang selama ini disimpan mengalir menuruni cerun pipiku,tak dapat ku tahan walaupun setitik.."Mak,Ayah..Selamat Hari Raya,maafkan fahmi,fahmi banyak dosa dengan mak dan ayah,fahmi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki"..itulah kata-kata yang aku ucapkan kepada kedua orang tuaku bila tibanya Aidilfitri,sesungguhnya anakmu ini terlalu banyak dosa padamu..

Pada tahun ini juga aku kehilangan rakan seperjuanganku,masing-masing pulang ke tanah air,terdetik rasa iri hati kepada mereka,namun itu semua hanya bisikan syaitan semata-mata,aku redha dan pasrah,sebagai sahabat aku mendoakan agar mereka selamat sampai dan selamat kembali,agar kita dapat berhimpun semula seperti dahulu..

Hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya,syawal pula datang membawa Aidilfitri,tapi Aidilfitri kali ini akan terasa sepi,mungkin kerana keluarga dan sahabat yang dirindui,namun semua itu ujian kepadaku,aku bersyukur dan ikhlas menerima semua takdir ilahi,kepada keluarga dan sahabat-sahabat,meriahkanlah aidilfitri ini,tanggalkan air matamu,jangan biarkan ia mengalir,yang aku pinta doakanku dan kawan-kawan disini semoga sentiasa succes dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan..

Sesungguhnya Mak,Ayah,keluarga dan kawan-kawan sentiasa aku ingat sehingga nafas yang dipinjam terhenti,pengorbanan mereka"tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas"..jadi sama-samalah kita mengakhirkan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan ibadat kepadaNYA,semoga hidup sentiasa diberkati,insyaALLAH..:)

No comments:

Post a Comment