Saturday, December 18, 2010

Sekilas doa buatmu..


Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kepada SAHABATku ini...

Ya Allah.. Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini... jangan Kau sempitkan dia dengan belenggu masalah.. jangan Kau hukum dia kerana kekurangan dan kelemahan yang ada dalam dirinya.. permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah...

Ya Allah... tempatkan SAHABATku ini di kalangan kekasih2Mu.. tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah SAHABATku ini di dunia & akhirat kerana aku amat mengasihi SAHABATku ini..

Demi Tuhan sekelian alam.. SAHABATku ini telah memberikan ketenangan..kegembiraan kepadaku... Engkau satukanlah hati2 kami Ya Allah...

Khas buat Sahabatku..
Haziq Zafiran dan Mansur Md Noor..Dan kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa dingati..:)

Friday, December 10, 2010

Kami TSUNAMI...


Kami selalu merenangi lautan kehidupan,melawan arus deras dan pukulan ombak,kami sudah biasa dengan ombak-ombak kecil,tetapi kami tidak sedari,tidak pernah tahu bahawa wujudnya ombak besar yang lebih hebat dari ombak biasa,pukulanya mampu melumpuhkan,menghayutkan diri didalamnya,sebab itu kami masih dilema,memikirkan ombak itu akan kembali,memikirkan adakah ia akan menjelma semula,mencari mangsanya...

Ia datang dengan penuh ketenangan,dengan penuh kelembutan,mengikis pasir-pasir pantai dengan perlahan,sebutir demi sebutir pepasir yang dikikis untuk di bawa ke tengah-tengah lautan,menemaninya seketika.
Ia tidak pernah serik mengikis lagi,mencari pepasir yang lebih cantik,yang lebih halus tuk kali ini,dihayutkan dengan penuh kasih sayang,membuat pepasir merasa berharga,dengan penuh percaya..

Berbekalkan kepercayaan yang memenuhi isi lautan,Ia menengelami kami kedasarnya,menerokai isi-isi dengan menghirup air masin yang terasa seperti gula,melihat keindahan didalamnya,semuanya cantik dipandang mata,yang dibutakan dengan janji-janji manis yang direnjis ke muka kami,seolah-olah kami diberikan oksigen untuk bernyawa..


Sudah 2 tahun berlalu,baru kami sedari rupanya kami ditipu,dipukau dan disantau olehnya,ombak yang kami rasakan tenang selama ini bertukar menjadi ombak besar,menghempap jasad-jasad kami yang difikirkan lemah,sebenarnya kami bukan lemah,bahkan kami lebih kuat sekarang,lebih gagah dari sebelumnya,kami mampu memusnahkan,kami mampu menghancurkan,kami sudah bersatu..kami sudah teguh..kami sekarang adalah..
TSUNAMI...

Moral<>berhati-hatilah dalam meletakan percaya kamu untuk seseorang,siasat latar belakangnya terlebih dahulu..jadi,berhati-hati,berhati-hati dan BERHATI-HATILAH.......

Tuesday, November 30, 2010

Qheta impian..


"Bila la leh dapat,salah satu dari impian ni..sapa ada impian camni gak,kejarlah bagi dapat..naik ja motor kejar,nanti naik myvi plak kejar"huhu..

Monday, November 29, 2010

Langkah ku melangkah..

Langkah ku melangkah,
satu demi satu langkah ku atur,
langkah ke depan tanpa berundur,
mencari tapak untuk berpijak,
mencari cahaya untuk menyuluh,
menyinari kegelapan yang menyelubung..

Langkah ku melangkah,

meneruskan langkah berjaga jaga,
agar tidak tersungkur ketanah,
membentuk luka yang amat dalam,
pedih dan sakit terasa dijiwa,
akan ku ubati dengan kalimah"Bismillah",
membersihkan hati membentuk peribadi..

Langkah ku melangkah,

aku harus bijak dalam melangkah,
merancang strategi mencari jalan keluar,
dari kesesatan rimba permasaalahan,
memilih jalan yang lurus dan tulus,
agar menemui satu harapan,
yang akan membentuk sejuta impian..

Langkah ku melangkah,

kutepis keletihan,
kupulau kepenatan,
dari menghinggapi jasadku,
menyedut madu-madu semangat,
yang selama ini ku tanam dengan niat,
ku siram dengan titisan air mata,
hanya menanti ia tumbuh mekar,
menyebar wangi aromanya..

Langkah ku melangkah,

tak akan terhenti bila diuji,
tak akan terpisah selain mati,
sementara nyawa jadi pinjaman,
kejarlah dan carilah garisan penamat,
kejayaan pasti dalam gengaman..


Peringatan<>
Redhalah,sabarlah dengan ketentuan,semoga dapat menambahkan iman..
kenali diri,ubati hati,bentukan akhlak yang sejati,agar hidup sentiasa diberkati..
ameen..:)

Tuesday, November 23, 2010

Setiap Manusia Punyai HATI

Hati....
Setiap manusia punyai hati,tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri,maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati luka hatinya,tapi ramai yang terlupa bahawa hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga atau neraka,dan ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.

Hati....
Setiap manusia punyai hati,hati adalah raja,hati adalah pemimpin yang diteladani,segala suruhan akan dituruti,setiap perintah akan dilaksanakan,apabila baik rajanya,maka baik jugalah pengikutnya,apabila kejam rajanya,maka binasalah empayernya.

Hati....
Setiap orang punyai hati,ia perlu dijaga,kerana hati ibarat rumah yang mempunyai enam pintunya,kuncilah ia supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun,sekiranya dimasuki,musnahlah rumah tersebut,enam pintunya adalah mata yang melihat,mulut yang berkata-kata,tangan yang mengengam,kaki yang melangkah,dah hidung yang menghidu,apabila salah satu pintu-pintu itu dibuka tanpa ilmu,maka hancurlah rumah itu.

Jadi perliharalah hati-hati kamu,jaga biakan ia menjadi kotor,bersihkan jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran,ingatlah Allah,jauhilah maksiat,lakukan apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang,semoga diberikan hidayah olehNYA..Ameeen..


SABDA NABI SAW: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dah harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan akmu"(Musnad Imam Ahmad :7814)

Monday, November 22, 2010

Masalah dan Problem


Masalah,problem,selalu ada,bila kita tak perlukan,ia datang menyapa,bila kita cuba nak selesaikanya,masalah lain pula yang timbul,seolah-olah diri kita tak kan pernah lari dari masalah,dikejar tanpa henti,sedangkan kita sudah letih berlari,apa yang kita mampu lakukan?adakah sekadar berdiam diri,seperti batu didalam sungai,menyerahkan diri pada arus air semata-mata.Bila diri ditimpa masalah,semua perkara menjadi salah,bila diri ditimpa bencana,semua benda jadi tak kena,macam-macam yang akan difikirkan,serabut,pening kepala,membuatkan diri bagai nak gila.

Sebenarnya bila masalah datang,janganlah sekali-kali kita menyalahkan takdir,ini tak kena,itu tak kena,cuba kita belajar untuk menerima masalah tu,kita kenali ia,kita selami sedalam-dalamnya,dan kita terima dengan hati terbuka,syukur adalah satu jalan yang baik,bila kita ditimpa musibah,syukurlah,bila kita ditimpa bencana,redhalah,kerana itu satu ujian dariNYA,Allah turunkan bala dan musibah adalah tanda Allah mencintai kita.

Belajar mengatasi sesuatu permasalahan,itu merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan,tapi ianya bukan mustahil,seperti yang saya katakan tadi,pemikiran kita akan jadi runsing dan tak tentu arah,oleh itu,betulkan arah,palingkan jasad ke kiblat,doalah pinta semangat,mohon taubat,cari ketenagan,supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan secara mudah,dan dapat berfikiran positif dalam menyelesaikannya.Temui keluarga,cari rakan-rakan,kongsi masalah,fikirkan bersama-sama,agar masalah dapat diselesaikan secara ukhuwah,dan penuh hikmah.Sesungguhnya Allah menjadikan masalah itu untuk menguji iman kita,Allah menciptakan masalah itu untuk mematangkan pemikiran kita,dah Allah memberikan masalah itu untuk membentuk kita kearah kesempurnaan,walaupun pada hakikatnya kesempurnaan itu adalah mustahil.

Kepada pembaca blog ini,hadapilah masalah dengan senyuman,nescaya satu hari nanti masalah itu akan berubah menjadi mutiara,yang sentiasa berkilau menunjuk sinaran,seperti mna firman Allah"sesungguhnya setiap kesulitan itu,ada kemudahanya"(Surah Al-Insyirah ayat 5)

Tuesday, November 2, 2010

Semangat

Semangat untuk belajar,menyebutnya amat mudah tapi melaksanakanya amat susah,Semangat untuk belajar,susah kita nak temui,tapi tak mustahil kita jumpai,bak kata pepatah melayu"dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan"juga seperti kata pepatah arab"Man Jadda Wajada"maksudnya siapa bersungguh,maka dia lah akan dapat,masaalahnya sekarang adakah kita mahu melalui jalan tu,mencari semangat yang hilang seperti salah satu lagu XPDC,semuanya terletak pada diri sendiri,tepuk dada tanya iman.Disini cerita hati kongsikan sedikit tip-tip bagaimana kita nak meningkatkan semangat belajar,khususnya untuk remaja-remaja yang masih belajar:

1-Betulkan niat seperti firman ALLAH:"segala perbuatan dimulakan dengan niat"
2-Belajar mengenali dan menyukai setiap mata pelajaran.
3-
Berkawan dengan orang yang suka belajar,kerana kawan ni amat penting dalam mencorakan
kehidupan,membentuk shahsiah diri.
4-Tulis dengan tulisan yang cantik(buat peta minda)sebab ia akan mempengaruhi mata kita,sekaligus mempengaruhi diri lebih bersemangat.
5-
Mewarnakan tulisan atau isi-isi penting,kerana warna amat mempengaruhi
otak.

6-
Buat study group,sebab ia dapat mengelakan diri kita dari mngantok atau bosan.
7-Kurangkan makan,kerana makan terlalu banyak,boleh menjadikan diri bertambah malas.
8-
Perbanyakan ibadat,minta pada ALLAH,supaya dipermudahkan urusan,minta ibu dan bapa doakan,baru hidup berkat(penting)

9-
Teruskan usaha,doa dan tawakkal


Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan,jika ada kekurangan,harap dimaafi,kerana saya juga masih belajar seperti kalian,masih ada kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbetulkan, Apabila kita melangkah,langkahlah kedepan dengan beraninya,pastikan langkah pertama kita berhati-hati kerana ia menentukan langkah kita yang keduanya,tetapi jika terjatuh,bangunlah dan teruskan melangkah lagi,jangan pernah serik untuk mencuba,biar sedikit susah,kedepannya pasti cerah.Temui semangat,usaha dengan kuat,carilah berkat,insyALLAH hasilnya pasti hebat.

Wednesday, October 27, 2010

Tazkirah ;Si Tanggang moden

KEMAMAN Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya....

-Petikan dari Kosmo-

Moral<>kerana mementingkan diri sendiri,seorang anak yang disusukan,yang dibelai manja oleh seorang insan yang bergelar ibu,mengunakan tangan yang dulunya sekecil ibu jari,yang sentiasa dipegang erat ketika menangis,dan yang sentiasa meminta helaian ringgit dengan memenuhi pipi lembut si ibu yang tak pernah berhenti menadah titisan air mata,teganya si anak,sanggupnya si anak,begitukah balasan kepada seorang ibu,yang sentiasa menaburkan bakti??

Wahai anak,wahai pemuda,engkau menjadikan dia sebagai tempat mengadu domba,engkau menjadikan dia sebagai tempat berkasih sayang,dan janganlah engkau menjadikan dia sebagai tempat membeli tiket ke neraka,jangan jadi anak derhaka,sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu,berbaktilah sebanyak mungkin,sementara mereka masih mampu melihat dunia,walaupun sudah dijamah usia..renungkanlah wahai anak muda...

Monday, October 25, 2010

Apa Salahku?

Apa salahku?
Puas ku cari namun tak ku temui,

Mulai diri tak mengerti,
terpinga-pinga dan terbujur kaku,
dimana salahku padamu,

dimana kesilapan berlaku,

bicara hatiku ingin tahu,


Apa salahku?

Buat dirimu marah padaku,

buat dirimu sdih dan pilu,

beritahu aku,khabari aku,

aku ingin tahu,aku merayu,

kasihanilah diriku,

Jika ada salah berlaku,

menguris hatimu,merusak jiwamu,
ampunkan aku,maafkan aku,

berikan peluang walaupun satu,

merobek kisah sayu,
menjadikan ia shahdu,


Jika benar adanya salah,

janganlah siksa diri begini,

aku hanya manusia yang lemah,

yang tak bisa melepasi diri,

dari meringkuk dalam penjara,
sarang pesalah betelurkan dosa,


Jika salah itu berlaku,

akan kukejar kemaafan sehabis mampu,

akan kupastikan keampunan dalam dakapanku,

walau letih jadi sandaran,

itu semua bukan alasan,
kerana ku tahu,aku bersalah..


-Ampunkan hambaMu Ya Allah..- -Sesungguhnya hambaMu ini banyak bersalah-

Saturday, October 23, 2010

Tazkirah ;Renungan Akhir Zaman

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang suka bercakap pasal dunia di dalam masjid

Moral >
Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah,adakah diri kita trmasuk

dalam kelima-lima golongan itu,Muhasabah diri..

Friday, October 22, 2010

Jom Koliah Paa..


"Jom Pakat-pakat p koliah,Semoga sama-sama dipermudahkan urusan"



"cara utk elak diri dari gi clas,penyamaran yang paling bijak,gerenti berkesan di belakang badan anda"(kena rotan)



"Adoi,tak larat nak pi clas la,semalaman gi clubing,ermm,,layan cita WonderPet la" "Kami tak besar dan kami tak kuat,bila berkerja makan,perut jadi berat?(lagu tema Wonderpet)"

Teka teki Imam Ghazali

Satuhari,Imam Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya,lalu Beliau bertanya(berteka teki):

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"Orang Tua
Murid 2 ;"Guru"
Murid 3 ;"Teman"
Murid 4 ;Kaun Kerabat"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI,sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"(surah al-imran 185)

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling jauh dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"China"
Murid 2 ;"Bulan"
Murid 3 ;"Matahari"
Murid 4 ;"Bintang"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling benar adalah MASALALU,oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan Agama"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling didunia ini?"
Murid 1 ;"Gunung"
Murid 2 ;"Matahari"
Murid 3 ;"Bumi"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling besar sekali adalah HAWANAFSU,(Surah al-a'raf :179)maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling berat di dunia?"
Murid 1 ;"Baja"
Murid 2 ;"Besi"
Murid 3 ;"Gajah"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH(surah al-ahzab :72)tumbuh-tumbuhan,haiwan,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khlifah(pemimpin)di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyangupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling ringgan didunia ini?"
Murid 1 ;"Kapas"
Murid 2 ;"Angin"
Murid 3 ;"Debu"
Murid 4 ;"Daun-daun"
Imam Ghazali ;"Senua jawapan itu benar,tetapi yang paling ringgan sekali di dunia ini adalah MENINGGALAKN SOLAT,gara-gara perkerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab ;"Mata pedang"
Imam Ghazali ;"Ya,benar,tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSA,
kerana melalui lidah manusia dengan nudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan saudaranya sendiri"

Wednesday, October 20, 2010

Rintihan(ELAIKA)

Ku sembahkan rintihan kepadaMU
Tuhan sekalian makhluk

Akan harapanku

Sekalipun aku seorang yang berdosa

Wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah


Bila mana keras hatiku

Dan terasa sempit perjalananku

Ku jadikan rayuan(rintihan) daripadaku

Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMU


Bila mana Engkau yang memiliki keampunan

Menghapuskan dosa yang berterusan ini

KurniaanMU dan keampunanMU

Adalah merupakan rahmat dan kemulian

Bukankah Engkau yang memberi aku makan

Serta hidayah kepadaku

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan

Anugerah dan nikmat itu kepadaku

(Walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)


Semoga orang yang memiliki ihsan

Mengampunkan kesalahanku

Dan menutup dosa-dosaku

Serta setiap perkara yang telah lalu

Sekiranya Engkau ampunkan aku

Ampunkan dari kederhakaan,

Kezaliman dan penganiayaan

Yang tak akan terhapus

Di hari berhimpun kesedihan


Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku
Aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu

Akan memasukan diriku ke dalam neraka

Dia adalah seorang yang fasih

Ketika menyebut/mengingati Rabbnya

Dan bila mana dia bersama selain Tuhannya

Di dunia ini dia membisu


Dia(Rasulullah saw)berkata;

Kekasihku

Engkaulah tempatku meminta dan berharap

Cukuplah Engkau bagi yang berharap

Sebagai tempat bergantung dan memohon

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


Di saat ku jaga,aku rindu

Dan di saat ku lelap,aku berharap

Mengiringi langkahku

Dengan penuh semangat dan berulang

Sesungguhnya dosaku adalah besar

Sejak dulu dan kini

Namun(ku tahu) keampunanMU

Yang mendatangi hamba

Adalah lebih besar(agung)

Dan lebih mulia..


- Syair Imam Syafie -

Sunday, September 5, 2010

Tazkirah ;Kata-kata Hikmat Saidina Ali bin Abi Talib

"Lakukan kebaikan dan janganlah kamu mengutuk apa apa kebaikan,kerana kebaikan yang kecil sebenar nya besar dan kebaikan yang sedikit sebenarnya banyak. Janganlah salah seorang daripada kamu mengatakan bahawa orang lain lebih layak daripadaku untuk menbuat kebaikan kerana demi Allah S.W.T akan berlaku sedemikian."

Rindu Serindu Rindunya..



"Anda sedih,gelisah,rindukan keluarga dihari raya?SMS on RINDU hantarkan ke 32326"

Saturday, September 4, 2010

Tiba-Tiba Teringat..


Malam ni aku tak dapat lelapkan mata,walaupun keletihan namun masih belum mengantuk,mungkin sebab teringatkan keluarga di tanah air,rindu semakin membuak-buak,tambahan aidilfitri semakin hampir,kenangan beraya bersama mak,ayah,keluarga dan rakan-rakan bermain difikiran,rasa seperti hendak pulang ke tanah air sahaja..

Sudah 2 tahun aku tidak beraya bersama keluarga,sudah 2 tahun juga aku tidak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku,wangian tangan mereka terasa bagai nak hilang,kerinduanku pada mereka hanya Allah yang tahu,bila tibanya syawal,air mata yang selama ini disimpan mengalir menuruni cerun pipiku,tak dapat ku tahan walaupun setitik.."Mak,Ayah..Selamat Hari Raya,maafkan fahmi,fahmi banyak dosa dengan mak dan ayah,fahmi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki"..itulah kata-kata yang aku ucapkan kepada kedua orang tuaku bila tibanya Aidilfitri,sesungguhnya anakmu ini terlalu banyak dosa padamu..

Pada tahun ini juga aku kehilangan rakan seperjuanganku,masing-masing pulang ke tanah air,terdetik rasa iri hati kepada mereka,namun itu semua hanya bisikan syaitan semata-mata,aku redha dan pasrah,sebagai sahabat aku mendoakan agar mereka selamat sampai dan selamat kembali,agar kita dapat berhimpun semula seperti dahulu..

Hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya,syawal pula datang membawa Aidilfitri,tapi Aidilfitri kali ini akan terasa sepi,mungkin kerana keluarga dan sahabat yang dirindui,namun semua itu ujian kepadaku,aku bersyukur dan ikhlas menerima semua takdir ilahi,kepada keluarga dan sahabat-sahabat,meriahkanlah aidilfitri ini,tanggalkan air matamu,jangan biarkan ia mengalir,yang aku pinta doakanku dan kawan-kawan disini semoga sentiasa succes dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan..

Sesungguhnya Mak,Ayah,keluarga dan kawan-kawan sentiasa aku ingat sehingga nafas yang dipinjam terhenti,pengorbanan mereka"tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas"..jadi sama-samalah kita mengakhirkan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan ibadat kepadaNYA,semoga hidup sentiasa diberkati,insyaALLAH..:)

Friday, September 3, 2010

Bangun Kembali..


Apabila ditimpa musibah,bencana melanda,dan berlakunya trajedi,kita menyebut"Ya Allah"..Apabila kita tersepit dengan tekanan hidup,harapan terhenti,semua jalan pintas menjadi buntu,kita juga menyebut"Ya Allah"..kita tidak pernah jemu,tidak pernah lesu menyebut nama Sang Pencipta..

Namun apabila diberikan kesenangan,kemewahan hidup,kita leka,kita lalai dibuai bisikan syaitan,dan nafsu..waktu yang ada dibiarkan berlepas pergi,tanpa kita sedari yang ia tidak akan kembali lagi menjenguk kehidupan lalu..sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,bila tak berjaya,macam-macam salah,ini salah,itu salah,pendek kata semuanya salah..itulah sifat manusia yang sukar menyalahkan diri sendiri..

Seharusnya apabila kita ditimpa musibah,ikhlaskan hati,yakinkan diri,kerana setiap sesuatu yang diuji pasti ada hikmahnya.Muhasabah diri,jangan lalai lagi,gunakan masa yang ada dengan sebaiknya,lipat kertas yang diconteng itu,buangkan ia ke dalam tong sampah,agar dapat dikitar semula menjadi kertas putih yang baru,yang masih kosong dari coretan mata pena.Pastikan coretan kali ini mengunakan pena yang betul.Mulakan lakaran dengan penuh kesabaran dan ketekunan supaya isi-isinya menjadi tersusun dan teratur..


Sesungguhnya orang yang berjaya akan bangga kerana hasil usaha dan kesabarnya,jadi ikhlaskan niat,usaha dengan semangat,doa supaya berkat,tawakkal mesti kuat,syukur dengan nikmat,insyALLAH hasilnya pasti hebat..berjaya dunia akhirat..Selamat Menjalani ibadah puasa,perbanyakan ibadat,semoga dipermudahkan urusan wahai sahabat..:)

Wednesday, September 1, 2010

Macam-Macam Kawan


"Oit,lepas la oiii..kawan sendiri pun mau makan ka,memang dasar kawan makan kawan"

Moral>carilah kawan yang ikhlas berkawan,kalau salah pilih takut jadi tak ketahuan..

Tuesday, August 31, 2010

Kawan..


Kawan,Kawan,Kawan.. Sama ertinya dengan teman,sahabat,dan rakan.. Cuma yang membezakan nilai seorang kawan.. Kawan baik?Kawan jahat?atau boleh jadi Kawan makan kawan.. Bila dah dimakan ditinggalkan sisa merata-rata.. Dibuang tanpa belas kasihan..itu kawan,atau musuh?.. Confius..confius..confius.. Hidup jadi seronok,jadi happy bila berkawan.. Tapi hidup jadi serabut,tension juga sebab kawan.. Ada orang tak suka berkawan,ada orang suka berkawan.. Tapi apakah kawan boleh dipercayai.. Hanya seperti "gunting dalam lipatan".. Ataupun ibarat "kacang lupakan kulit".. Tapi jika kawan ibarat "bukit sama didaki,lurah sama dituruni" Maka beruntunglah badan.. Kita ibarat watak utama dalam sebuah opera.. Kawan ibarat watak sampingan yang menghidupkan lakonan.. Jika watak sampingan itu rosak,hancur.. Maka lakonan kita akan turut lebur.. Membakar diri dengan kejahatan dan kemungkaran.. Jika watak sampingan itu baik,mantap.. Maka lakonan anda akan turut hebat.. Menyuluh cahaya menerangi impian.. Carilah kawan,pilihlah teman.. Bersama menangung berat yang dipikul.. Bersama meringankan beban yang dijinjing.. Kerana kawan memainkan peranan penting dalam kehidupan..

Moral>Jangan makan kawan..makan nasi lagi sedap..:)

Dipaksa Berpuasa..

"dah sebulan puasa masih tak turun berat badan aku ni,adoi yaiii.."

"alamak,kantoi curi lauk plak..nasib baik sempat sembunyi..bila nak berbuka,tak tahan dah nie.."

" erm..lambat lagi ke nak berbuka nie..apa punya tuan,aku pun dia suruh puasa.."

Yang Lalu Biarkan Berlalu..

Sudah menjadi lumrah kehidupan,setiap orang mempunyai kisah silam tersendiri,kisah yang tak dapat dilupakan,kadang-kadang bila diingat kembali akan mengembirakan hati dan sebaliknya..Manusia sebenarnya tidak perlu takut untuk melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya kebelakang,kerana angin yang bertiup akan terus menghembus ke depan,dan air sungai sentiasa akan mengalir ke depan,tanpa ada pengunduran,oleh kerana itu berpalinglah kedepan,yang lalu biarkan berlalu..

Serahkan segalanya kepada taqdir agar diri tidak dikuasai dengan kebencian,penyesalan yang bisa membawa kebinasaan,percayalah saudaraku dan redhalah dengan segala ketentuan ilahi.Kadang-kadang kita membutakan mata,memekakan telinga dari melihat dan mendengar tentang hikmah yang tersirat dalam kesedihan yang menerpa,pasti ada kebaikan,pasti ada cahaya secerah harapan yang membantu diri keluar dari kegelapan. Lipat,buangkan peristiwa masa lalu di dalam tong sampah,lupakan dan kurungkan ia di dalam penjara besi agar tidak terlepas dari kebebasan..

Bila sedih,gelisah,takut,risau,maka carilah penawar dari penyakit-penyakit itu,solatlah..solatlah,kerana solat itu tiang agama,jika kyusuk dan tekunnya solat itu,maka teguhlah tiang yang dibina,insyALLAH dengan izin Allah S.W.T,dapatlah menghilangkan kesedihan dan ketakutan,ketika Rasulullah S.A.W ditimpa masalah,bagina bersabda kepada
Bilal Bin Rabbah.."Wahai Bilal,Aku dapat merasakan ketenangan dengan solat(al-hadith)"..

Oleh itu,carilah penawar itu,tambahan lagi dibulan mulia ini,perbanyakan ibadat semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan,dan mendapat ganjaran pahala yang besar.Ringankan tangan memohon kepadaNYA agar orang yang kita sayang,yang kita kasih bersama-sama dengan para solihin,yang lalu biarkan berlalu,janganlah menyalahi sunnah kehidupan..

-Hadri-Al-Hasif sekeluarga- $ -Nasriah sekeluarga- & -Muhd Afif Zuhdi- $ semua..
AL-FATIHAH,semoga roh dicucuri rahmat dan
bersama orang-orang yang soleh..ameen...

Monday, August 30, 2010

Gelagat Anak-anak Ramadhan


"Ya Allah kuatkanlah imanku untuk aku meneruskan ibadah puasa ini,mak aku cakap
nak bagi RM10 sehari.."..moral>ikhlaskan hati apabila berpuasa,budak macam ni boleh la
coz baru nak belajar maa..

Moral>Adakah ini cara terbaik..."erm..nak minum ke tak,nak minum ke tak..???"..

Keletihan berpuasa..moral"melentur buluh biar dari rebungnya"leh buat lemang..hu2

Seloka PuaSa


Bulan ibadah Bulan Ramadhan..
Bulan Kerahmatan dan Keampunan..
Bulan Puasa menguji Kesabaran..
Ikhlaskan diri menghadapi Rintangan..

Syaitan diikat dirantai ketat..
Namun manusia tak juga selamat..
Kerana bahaya masih terdapat..
Nafsu diri tak pernah penat..

Banyakan diri mengingati Allah..
Nafsu tidak menguasai diri..
Seperti mana firman Allah..
"Dengan mengingatiku menenangkan hati"

Waktu berbuka ditunggu-tunggu..
Juadah tersedia berbagai rasa..
Azan bergema masuknya waktu..
Jari menyusun membaca doa..

Kawal nafsu apabila makan..
Takut malas melakukan ibadah..
Sunat terawikh jangan tinggalkan..
Mendapat pahala amatlah mudah..

Selepas terawikh quran dibaca..
Menjadi kebiasaan berzaman-zaman..
Menunggu waktu bersahur pula..
Begitu hidupnya bulan Ramadhan..

-SeLaMaT BeRpUaSa & BeRiBaDaT..:)-

Monday, April 12, 2010

Ayahku..Perwiraku...


Ayah,merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang yang bergelar Anak..Gelaran Suami bagi seorang yang bergelar Isteri..Gelaran lelaki bagi yang sudah berumahtangga dan bercahaya mata..Ayah bagi mereka ini adalah dikalangan golongan yang terpenting dalam membentuk sesebuah institusi kekeluargaan,merupakan watak utama dalam drama kehidupan,yang akan tamat episodnya bila dipanggil sang Pencipta..Namun perwatakan seorang yang bergelar ayah tidak dapat digambarkan dengan mata yang melihat,tidak dapat dijawab dengan segala kepandaian akal, hanya insan yang bergelar Ayah dapat mengetahui tentang isi hidupnya...

Jasa seorang ayah,pengorbanan seorang ayah mengerahkan segala keringatnya,sanggup membasahi jasadnya demi anak-anak dan isteri tersayang amat memilukan..bila ditanya adakah ayah keletihan,adakah ayah kepenatan,hanya senyuman palsu diukirkan,demi mengembirakan hati kecil seorang anak,semua tuntutan dan kemahuan si anak diikuti tanpa membantah...ketegasan ayah bukanlah untuk menyakiti,tetapi untuk memberi suntikan semangat kepada si anak berjuang dan bertarung melawan musuh Islam,yang berjanji menyesatkan kaum Adam..hanya satu kemahuan ayah,agar anak-anak berjaya dalam pentas kehidupan,dapatlah ayah menumpang kegembiraan bersama-sama,kecemerlangan anak adalah kebahagiaan bagi ayah..kaulah ayahku,kaulah perwiraku..


Kepada pembaca blog ini,sama-samalah kita hayati hadis Rasulullah
,sabda Rasulullah"telah datang seorang sahabat kepadanya dan ia bertanya;wahai Rasulullah,aku hendak pergi berjihad bersamamu..maka ditanya Rasulullah,adakan ayah dan ibumu masih lagi hidup,sahabat menjawab;mereka masih hidup ya Rasulullah..maka berkata Rasulullah jihadlah kamu bersama ibu-bapa kamu.."

Carilah redha kedua Ibu dan Bapa kita..kerana keredhaan ALLAH bersama-sama dengannya..kepada sesiapa yang sudah kehilangan Ayah atau Ibu atau kedua-duanya,berdoalah semoga mereka dicucuri rahmat dan diberikan nikmat syurga bersama para-para Solihin..al-fatihah...

Senyum Selalu Kerana..


Ia percuma tapi amat berharga,ia menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin,datangnya seperti kilat tetapi masih berlegar di ingatan sepanjang masa,tidak ada sesiapa yang terlalu kaya hingga tak memerlukannya, dan tidak ada yang terlalu miskin hingga tak mampu memperolehinya…

Ianya menjadikan sesebuah perhubungan menjadi bahagia,kebaikan dalam persaudaraan dan kemesraan dalam persahabatan…

Ia memberikan kekuatan kepada orang yang keletihan,memulihkan semangat kepada yang kecewa,menggembirakan yang kesedihan dan ubat yang mujarab kepada kerunsingan…

Ia tidak boleh dibeli,dipinta dan dicuri kerana ia berharga apabila diberikan sebagai hadiah dan tidak ada sesiapa yang memerlukan lebih daripada seorang yang tidak lagi memilikinya untuk diberikan kepada orang lain…

-M ZARUNNAIM-