"Bila la leh dapat,salah satu dari impian ni..sapa ada impian camni gak,kejarlah bagi dapat..naik ja motor kejar,nanti naik myvi plak kejar"huhu..
Langkah ku melangkah,
satu demi satu langkah ku atur,
langkah ke depan tanpa berundur,
mencari tapak untuk berpijak,
mencari cahaya untuk menyuluh,
menyinari kegelapan yang menyelubung..
Langkah ku melangkah,
meneruskan langkah berjaga jaga,
agar tidak tersungkur ketanah,
membentuk luka yang amat dalam,
pedih dan sakit terasa dijiwa,
akan ku ubati dengan kalimah"Bismillah",
membersihkan hati membentuk peribadi..
Langkah ku melangkah,
aku harus bijak dalam melangkah,
merancang strategi mencari jalan keluar,
dari kesesatan rimba permasaalahan,
memilih jalan yang lurus dan tulus,
agar menemui satu harapan,
yang akan membentuk sejuta impian..
Langkah ku melangkah,
kutepis keletihan,
kupulau kepenatan,
dari menghinggapi jasadku,
menyedut madu-madu semangat,
yang selama ini ku tanam dengan niat,
ku siram dengan titisan air mata,
hanya menanti ia tumbuh mekar,
menyebar wangi aromanya..
Langkah ku melangkah,
tak akan terhenti bila diuji,
tak akan terpisah selain mati,
sementara nyawa jadi pinjaman,
kejarlah dan carilah garisan penamat,
kejayaan pasti dalam gengaman..
Peringatan<>
Redhalah,sabarlah dengan ketentuan,semoga dapat menambahkan iman..
kenali diri,ubati hati,bentukan akhlak yang sejati,agar hidup sentiasa diberkati..
ameen..:)
Hati....
Setiap manusia punyai hati,tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri,maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati luka hatinya,tapi ramai yang terlupa bahawa hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga atau neraka,dan ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.
Hati....
Setiap manusia punyai hati,hati adalah raja,hati adalah pemimpin yang diteladani,segala suruhan akan dituruti,setiap perintah akan dilaksanakan,apabila baik rajanya,maka baik jugalah pengikutnya,apabila kejam rajanya,maka binasalah empayernya.
Hati....
Setiap orang punyai hati,ia perlu dijaga,kerana hati ibarat rumah yang mempunyai enam pintunya,kuncilah ia supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun,sekiranya dimasuki,musnahlah rumah tersebut,enam pintunya adalah mata yang melihat,mulut yang berkata-kata,tangan yang mengengam,kaki yang melangkah,dah hidung yang menghidu,apabila salah satu pintu-pintu itu dibuka tanpa ilmu,maka hancurlah rumah itu.
Jadi perliharalah hati-hati kamu,jaga biakan ia menjadi kotor,bersihkan jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran,ingatlah Allah,jauhilah maksiat,lakukan apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang,semoga diberikan hidayah olehNYA..Ameeen..SABDA NABI SAW: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dah harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan akmu"(Musnad Imam Ahmad :7814)
Masalah,problem,selalu ada,bila kita tak perlukan,ia datang menyapa,bila kita cuba nak selesaikanya,masalah lain pula yang timbul,seolah-olah diri kita tak kan pernah lari dari masalah,dikejar tanpa henti,sedangkan kita sudah letih berlari,apa yang kita mampu lakukan?adakah sekadar berdiam diri,seperti batu didalam sungai,menyerahkan diri pada arus air semata-mata.Bila diri ditimpa masalah,semua perkara menjadi salah,bila diri ditimpa bencana,semua benda jadi tak kena,macam-macam yang akan difikirkan,serabut,pening kepala,membuatkan diri bagai nak gila.
Sebenarnya bila masalah datang,janganlah sekali-kali kita menyalahkan takdir,ini tak kena,itu tak kena,cuba kita belajar untuk menerima masalah tu,kita kenali ia,kita selami sedalam-dalamnya,dan kita terima dengan hati terbuka,syukur adalah satu jalan yang baik,bila kita ditimpa musibah,syukurlah,bila kita ditimpa bencana,redhalah,kerana itu satu ujian dariNYA,Allah turunkan bala dan musibah adalah tanda Allah mencintai kita.
Belajar mengatasi sesuatu permasalahan,itu merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan,tapi ianya bukan mustahil,seperti yang saya katakan tadi,pemikiran kita akan jadi runsing dan tak tentu arah,oleh itu,betulkan arah,palingkan jasad ke kiblat,doalah pinta semangat,mohon taubat,cari ketenagan,supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan secara mudah,dan dapat berfikiran positif dalam menyelesaikannya.Temui keluarga,cari rakan-rakan,kongsi masalah,fikirkan bersama-sama,agar masalah dapat diselesaikan secara ukhuwah,dan penuh hikmah.Sesungguhnya Allah menjadikan masalah itu untuk menguji iman kita,Allah menciptakan masalah itu untuk mematangkan pemikiran kita,dah Allah memberikan masalah itu untuk membentuk kita kearah kesempurnaan,walaupun pada hakikatnya kesempurnaan itu adalah mustahil.
Kepada pembaca blog ini,hadapilah masalah dengan senyuman,nescaya satu hari nanti masalah itu akan berubah menjadi mutiara,yang sentiasa berkilau menunjuk sinaran,seperti mna firman Allah"sesungguhnya setiap kesulitan itu,ada kemudahanya"(Surah Al-Insyirah ayat 5)
Semangat untuk belajar,menyebutnya amat mudah tapi melaksanakanya amat susah,Semangat untuk belajar,susah kita nak temui,tapi tak mustahil kita jumpai,bak kata pepatah melayu"dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan"juga seperti kata pepatah arab"Man Jadda Wajada"maksudnya siapa bersungguh,maka dia lah akan dapat,masaalahnya sekarang adakah kita mahu melalui jalan tu,mencari semangat yang hilang seperti salah satu lagu XPDC,semuanya terletak pada diri sendiri,tepuk dada tanya iman.Disini cerita hati kongsikan sedikit tip-tip bagaimana kita nak meningkatkan semangat belajar,khususnya untuk remaja-remaja yang masih belajar:
1-Betulkan niat seperti firman ALLAH:"segala perbuatan dimulakan dengan niat"
2-Belajar mengenali dan menyukai setiap mata pelajaran.
3-Berkawan dengan orang yang suka belajar,kerana kawan ni amat penting dalam mencorakan kehidupan,membentuk shahsiah diri.
4-Tulis dengan tulisan yang cantik(buat peta minda)sebab ia akan mempengaruhi mata kita,sekaligus mempengaruhi diri lebih bersemangat.
5-Mewarnakan tulisan atau isi-isi penting,kerana warna amat mempengaruhi
otak.
6-Buat study group,sebab ia dapat mengelakan diri kita dari mngantok atau bosan.
7-Kurangkan makan,kerana makan terlalu banyak,boleh menjadikan diri bertambah malas.
8-Perbanyakan ibadat,minta pada ALLAH,supaya dipermudahkan urusan,minta ibu dan bapa doakan,baru hidup berkat(penting)
9-Teruskan usaha,doa dan tawakkal
Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan,jika ada kekurangan,harap dimaafi,kerana saya juga masih belajar seperti kalian,masih ada kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbetulkan, Apabila kita melangkah,langkahlah kedepan dengan beraninya,pastikan langkah pertama kita berhati-hati kerana ia menentukan langkah kita yang keduanya,tetapi jika terjatuh,bangunlah dan teruskan melangkah lagi,jangan pernah serik untuk mencuba,biar sedikit susah,kedepannya pasti cerah.Temui semangat,usaha dengan kuat,carilah berkat,insyALLAH hasilnya pasti hebat.