Sunday, September 5, 2010

Tazkirah ;Kata-kata Hikmat Saidina Ali bin Abi Talib

"Lakukan kebaikan dan janganlah kamu mengutuk apa apa kebaikan,kerana kebaikan yang kecil sebenar nya besar dan kebaikan yang sedikit sebenarnya banyak. Janganlah salah seorang daripada kamu mengatakan bahawa orang lain lebih layak daripadaku untuk menbuat kebaikan kerana demi Allah S.W.T akan berlaku sedemikian."

Rindu Serindu Rindunya..



"Anda sedih,gelisah,rindukan keluarga dihari raya?SMS on RINDU hantarkan ke 32326"

Saturday, September 4, 2010

Tiba-Tiba Teringat..


Malam ni aku tak dapat lelapkan mata,walaupun keletihan namun masih belum mengantuk,mungkin sebab teringatkan keluarga di tanah air,rindu semakin membuak-buak,tambahan aidilfitri semakin hampir,kenangan beraya bersama mak,ayah,keluarga dan rakan-rakan bermain difikiran,rasa seperti hendak pulang ke tanah air sahaja..

Sudah 2 tahun aku tidak beraya bersama keluarga,sudah 2 tahun juga aku tidak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku,wangian tangan mereka terasa bagai nak hilang,kerinduanku pada mereka hanya Allah yang tahu,bila tibanya syawal,air mata yang selama ini disimpan mengalir menuruni cerun pipiku,tak dapat ku tahan walaupun setitik.."Mak,Ayah..Selamat Hari Raya,maafkan fahmi,fahmi banyak dosa dengan mak dan ayah,fahmi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki"..itulah kata-kata yang aku ucapkan kepada kedua orang tuaku bila tibanya Aidilfitri,sesungguhnya anakmu ini terlalu banyak dosa padamu..

Pada tahun ini juga aku kehilangan rakan seperjuanganku,masing-masing pulang ke tanah air,terdetik rasa iri hati kepada mereka,namun itu semua hanya bisikan syaitan semata-mata,aku redha dan pasrah,sebagai sahabat aku mendoakan agar mereka selamat sampai dan selamat kembali,agar kita dapat berhimpun semula seperti dahulu..

Hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya,syawal pula datang membawa Aidilfitri,tapi Aidilfitri kali ini akan terasa sepi,mungkin kerana keluarga dan sahabat yang dirindui,namun semua itu ujian kepadaku,aku bersyukur dan ikhlas menerima semua takdir ilahi,kepada keluarga dan sahabat-sahabat,meriahkanlah aidilfitri ini,tanggalkan air matamu,jangan biarkan ia mengalir,yang aku pinta doakanku dan kawan-kawan disini semoga sentiasa succes dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan..

Sesungguhnya Mak,Ayah,keluarga dan kawan-kawan sentiasa aku ingat sehingga nafas yang dipinjam terhenti,pengorbanan mereka"tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas"..jadi sama-samalah kita mengakhirkan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan ibadat kepadaNYA,semoga hidup sentiasa diberkati,insyaALLAH..:)

Friday, September 3, 2010

Bangun Kembali..


Apabila ditimpa musibah,bencana melanda,dan berlakunya trajedi,kita menyebut"Ya Allah"..Apabila kita tersepit dengan tekanan hidup,harapan terhenti,semua jalan pintas menjadi buntu,kita juga menyebut"Ya Allah"..kita tidak pernah jemu,tidak pernah lesu menyebut nama Sang Pencipta..

Namun apabila diberikan kesenangan,kemewahan hidup,kita leka,kita lalai dibuai bisikan syaitan,dan nafsu..waktu yang ada dibiarkan berlepas pergi,tanpa kita sedari yang ia tidak akan kembali lagi menjenguk kehidupan lalu..sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,bila tak berjaya,macam-macam salah,ini salah,itu salah,pendek kata semuanya salah..itulah sifat manusia yang sukar menyalahkan diri sendiri..

Seharusnya apabila kita ditimpa musibah,ikhlaskan hati,yakinkan diri,kerana setiap sesuatu yang diuji pasti ada hikmahnya.Muhasabah diri,jangan lalai lagi,gunakan masa yang ada dengan sebaiknya,lipat kertas yang diconteng itu,buangkan ia ke dalam tong sampah,agar dapat dikitar semula menjadi kertas putih yang baru,yang masih kosong dari coretan mata pena.Pastikan coretan kali ini mengunakan pena yang betul.Mulakan lakaran dengan penuh kesabaran dan ketekunan supaya isi-isinya menjadi tersusun dan teratur..


Sesungguhnya orang yang berjaya akan bangga kerana hasil usaha dan kesabarnya,jadi ikhlaskan niat,usaha dengan semangat,doa supaya berkat,tawakkal mesti kuat,syukur dengan nikmat,insyALLAH hasilnya pasti hebat..berjaya dunia akhirat..Selamat Menjalani ibadah puasa,perbanyakan ibadat,semoga dipermudahkan urusan wahai sahabat..:)

Wednesday, September 1, 2010

Macam-Macam Kawan


"Oit,lepas la oiii..kawan sendiri pun mau makan ka,memang dasar kawan makan kawan"

Moral>carilah kawan yang ikhlas berkawan,kalau salah pilih takut jadi tak ketahuan..