Ayah,merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang yang bergelar Anak..Gelaran Suami bagi seorang yang bergelar Isteri..Gelaran lelaki bagi yang sudah berumahtangga dan bercahaya mata..Ayah bagi mereka ini adalah dikalangan golongan yang terpenting dalam membentuk sesebuah institusi kekeluargaan,merupakan watak utama dalam drama kehidupan,yang akan tamat episodnya bila dipanggil sang Pencipta..Namun perwatakan seorang yang bergelar ayah tidak dapat digambarkan dengan mata yang melihat,tidak dapat dijawab dengan segala kepandaian akal, hanya insan yang bergelar Ayah dapat mengetahui tentang isi hidupnya...
Jasa seorang ayah,pengorbanan seorang ayah mengerahkan segala keringatnya,sanggup membasahi jasadnya demi anak-anak dan isteri tersayang amat memilukan..bila ditanya adakah ayah keletihan,adakah ayah kepenatan,hanya senyuman palsu diukirkan,demi mengembirakan hati kecil seorang anak,semua tuntutan dan kemahuan si anak diikuti tanpa membantah...ketegasan ayah bukanlah untuk menyakiti,tetapi untuk memberi suntikan semangat kepada si anak berjuang dan bertarung melawan musuh Islam,yang berjanji menyesatkan kaum Adam..hanya satu kemahuan ayah,agar anak-anak berjaya dalam pentas kehidupan,dapatlah ayah menumpang kegembiraan bersama-sama,kecemerlangan anak adalah kebahagiaan bagi ayah..kaulah ayahku,kaulah perwiraku..
Kepada pembaca blog ini,sama-samalah kita hayati hadis Rasulullah,sabda Rasulullah"telah datang seorang sahabat kepadanya dan ia bertanya;wahai Rasulullah,aku hendak pergi berjihad bersamamu..maka ditanya Rasulullah,adakan ayah dan ibumu masih lagi hidup,sahabat menjawab;mereka masih hidup ya Rasulullah..maka berkata Rasulullah jihadlah kamu bersama ibu-bapa kamu.."
Carilah redha kedua Ibu dan Bapa kita..kerana keredhaan ALLAH bersama-sama dengannya..kepada sesiapa yang sudah kehilangan Ayah atau Ibu atau kedua-duanya,berdoalah semoga mereka dicucuri rahmat dan diberikan nikmat syurga bersama para-para Solihin..al-fatihah...
No comments:
Post a Comment