Tuesday, November 1, 2011

Sekeping Harapan

Manusia hidup dengan harapan dan cita-cita, setiap individu pasti ada harapaan dan cita-cita, tipulah kalau diantara kita tidak punyai impian, tidak kisah sama ada kecil atau besar, banyak atau sedikit, selagi ada harapan insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup, ketika sesat di dalam hutan belantara tanpa kompas dan alat komunikasi, adakah kita tidak mampu untuk teruskan hidup? tidak, kamu masih punya satu kekuatan besar untuk bertahan hidup iaitu HARAPAN..

Jangan pernah kita remehkan harapan, ianya satu perkataan yang kecil tetapi maksudnya amat meluas, harapan merupakan kekuatan dalaman dalam diri setiap insan. Dengan harapan kita mampu lakukan setiap perkara yang kita mahu, banyak pekerjaan yang besar mampu diselesaikan dengan sedikit sahaja orang kerana adanya HARAPAN.

Dalam babak perebutan pusingan pertama perlawanan suku akhir bola sepak 2004, pasukan Deportivo la coruna dibelasah AC Milan 4-1, mereka memerlukan 4 gol untuk melayakan diri ke separuh akhir, peluangnya amat kecil kerana yang dihadapi mereka adalah raksasa AC Milan yang memiliki segudang permain berkelas dunia, namun jurulatih Deportivo masih menaruh harapan pasukannya mampu untuk memenangi kejuaraan ini, dia tidak mahu melemparkan kain putih sebelum perlawanan tamat, hasilnya pada pusingan kedua, Deportivo mengejutkan seluruh stadium yang mereka mampu bangkit, 4 jaringan telah dijaringkan dengan agreget 5-4. Kemenangan Deportivo bukan kerana kelebihan bermain di tempat sendiri, tetapi kerana semangat dan tanpa berputus asa, mereka berjaya merobek jawang gol pasukan lawan. Jurulatih Deportivo ketika ditanya tentang prestasi anak buahnya, hanya tersenyum dan berkata " saya hanya memberi kata kunci kepada mereka iaitu HARAPAN"

Ramai orang mengangap bahawa harapan akan ada jika kita punyai kesempatan, misalnya seorang pelajar yang cerdas, dan mempunyai prestasi yang baik dalam segala bidang akan mudah menjadi juara dalam kelasnya berbanding teman-temanya yang lain, itu adalah permikiran kuno yang diterapkan pada zaman sekarang, kita hanya menilai setiap mutiara yang berkilau itu berharga, sedangkan besi yang turut berkilau tetapi tidak berharga seperti mutiara di biarkan berkarat, walhal besi itu bersifat keras, mampu menahan binaan flat bertingkat-tingkat yang didiami ratusan penduduk agar tidak runtuh, itu juga satu HARAPAN.

Menurut pakar Psikologi atau terapi mental, faktor yang menyebabkan kita menjadi kuat adalah kerana punyai harapan yang tinggi, ia disusuri dengan sikap tidak mudah berputus asa yang sentiasa diterapkan di dalam islam, seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Az-Zumar ayat 53 :

(.......katakanlah Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..........)

Ayat ini menjelaskan kepada kita supaya jangan pernah kita merasa mudah untuk berputus asa tanpa usaha. Jika putus asa mengambil tempat Harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan. Jadi kunci sudah diberikan, mari sama-sama kita buka pintu harapan dengan usaha, doa dan tawakkal kepadaNya, tetapi jangan sesekali kita menyerahkan harapan segala-galanya tanpa kita usaha, kerana itu adalah sikap orang yang MALAS..

No comments:

Post a Comment