Monday, September 5, 2011

Berkasih Sayang Kerana Allah

Diceritakan dalam sebuah kitab, mengisahkan seorang lelaki pada hari akhirat, selepas Allah menimbang semua amal perbuatannya, ternyata perbuatan jahatnya lebih berat daripada amal baiknya, jadi,beliau diperintahkan masuk ke neraka. Lelaki itu berasa takut dan cemas, beliau memohon untuk berjumpa dengan ibunya, Allah mengizinkannya dan beliau segera mencari ibunya, beliau berkata"wahai ibuku, engkau membesarkan dan mendidik diriku sejak kecil hingga dewasa, berikan kebaikanmu kepada diriku, supaya aku selamat daripada neraka"

Sayangnnya si ibu tidak dapat membantu,kerana amalannya sendiri sedikit, si ibu berkata"wahai anakku, aku sendiri pun bingung memikirkan diriku sendiri, bagaimana aku dapat menyelamatkanmu?" lelaki itu terus berusaha, kali ini mencari kaum kerabatnya pula,tapi ternyata , tidak ada seorang pun yang mampu membantunya kerana masing-masing sibuk dengan urusan perkiraan amalan sendiri.

Akhirnya Allah memerintahkan malaikat untuk memasukan lelaki tadi ke neraka. Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba seorang sahabat lamanya di dunia mendekatinya dan berseru,"Aku berikan kepadamu semua kebaikanku supaya salah seorang daripada kita terselamat dari api neraka", ini bererti si sahabat merelakan dirinya sendiri dimasukan ke dalam neraka, Baginya itu lebih baik daripada kedua-duanya mereka masuk neraka. Melalui bantuan sahabatnya, lelaki itu tidak jadi dimasukan kedalam neraka, sebaliknya dimasukan kedalam syurga, tapi lelaki itu tidak mengendahkan nasib sahabat yang membantunya tadi.

Selepas beliau berada di dalam syurga, beliau mendengar seruan, "tidakkah engkau mahu mengucapkan terima kasih kepada sahabatmu yang membantumu dengan rasa kasih sayang? malah engkau meninggalakan sahabatmu masuk ke dalam neraka, sedangkan engkau sendiri di dalam syurga!"

Mendengar seruan itu, barulah lelaki itu tersedar. Dia terus tersungkur dan sujud memohon supaya Allah memberikan pertolongan dan syafaat kepada sahabatnya itu, Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang segera memerintahkan sahabtnya itu masuk ke dalam syurga, dengan demikian, kedua-dua mereka terselamat daripada seksaan api neraka.

Penutup...

Di syurga, manusia tidak lagi terbeban dengan ibadah seperti solat, puasa, haji, zakat dan bersedekah, apa yang tinggal hanyalah bersilaturahim iaitu berkasih sayang, berkasih sayang lah kerana Allah, jangan sampai kita menjadi seperti kebanyakan orang sekarang yang lebih suka berkasih sayang kerana 3 perkara, iaitu HARTA, TAKHTA, dan WANITA!..

(andai syurga dan neraka tidak ada)

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum kepada semua pengunjung al-muhasaby,dah tukar nama dah,baru ja kemas kini kan blog,setelah dibiarkan usang tak bertuan,alhamdulillah disertai insyALLAH selepas ni saya akan cuba untuk mengupdate blog ni dari masa kesemasa,insyALLAH..

Dikesempatan ini,ingin saya mengucapakan selamat hari raya aidilfitri dan menyusun sepuluh jari,memohon ampun dan maaf,andai pernah melakukan salah dari aspek perbuatan mahupun perkataan...kullu sanah wa antum thoyib...

Thursday, May 5, 2011

aKU NaK JaDi......?

Waktu aku kecil aku selalu berfikir,apa yang aku nak jadi bila besar nanti..kalau jadi cikgu boleh denda anak murid,kalau jadi polis boleh tangkap penjahat,leh lawan tembak-tembak macam cerita csi tu,kalau jadi pilot,leh jalan-jalan ke negera orang,leh terbang tinggi-tinggi..ermm..apa aku nak jadi ye bila besar nanti..
.......................................................................................................................................................................
Aku tak pernah lupa pesan ayah dan mak,waktu tu aku kecil lagi baru masuk 6 tahun,diorang pesan belajar rajin-rajin,supaya aku jadi "orang",aku memang "orang" pun,nak kata alien muka aku macam orang,cara aku berjalan,berlari,bercakap memang macam orang,waktu tu yang aku tahu bila besar nanti aku nak jadi macam superman,batman,ultraman yang suka lawan dengan raksasa,tembak sini,tembak sana,lepas tu lampu merah kat dada mesti menyala,tapi last-last menang juga,sebab tu aku nak jadi macam ultraman,kena belasah teruk-teruk pun boleh menang lagi,ultraman kuat,besar dan banyak kuasa..

6 tahun kemudian...

Aku dah 11 tahun,sekolah rendah darjah 5,waktu tu aku tak main dah dengan ultraman,batman,superman.kecil-kecil dulu boleh la,sekarang ni aku main game,budak IT la waktu tu,hari-hari aku akan minta duit dekat mak,mak nak 2ringgit,mak bagi seringgit ja,aku minta kat ayah pulak,ayah pun bagi seringgit lagi,cukup la 2 ringgit,boleh main sejam,kalau seringgit baru stengah jam,tak puas,kadang-kadang sampai 3,4 jam aku main,memang tak sedar lah,sampai petang.
Dah dapat yuran 2 ringgit tu,aku pun macam biasa,pergi kelas tambahan la,belajar IT,main game perang-perang,"counter strike",waktu tu aku digelar "raja snap" semua musuh yang lalu sekelip mata ja aku snap,semua orang takut dengan aku waktu tu,kira hero la,macam james bond la.Pernah sekali tu,ayah dapat tahu aku main game,kena marah la,malu pula dengan kawan-kawan,raja snap kena tarik telinga,menangis aku waktu tu....

6 tahun kemudian..

Umur aku 17 tahun,inilah tahun untuk menetukan masa depan aku,sebab tahun ni aku bakal menghadapi spm,tapi aku tak rasa macamtu pun,mana tak nye,hari-hari lari dari sekolah,kena rotan dengan cikgu,kacau budak-budak perempuan,pantang lalu ckit,"hai cik adik,muka awak macam siti nurhaliza lah,boleh berkenalan".mana nak tau untung-untung dapat no telefon,kalau tak pun senyum pun jadilah,aku memang nakal dulu,sekolah pun dah macam Homestay bagi kedua orang tuaku,ayah dengan mak selalu ja datang sekolah,guru besar yang jemput,bukan sebab aku budak cemerlang,tapi tembelang,hampeh..ayah marah-marah tapi aku macam biasa buat muka sedih ja,janji tak buat lagi,tapi last-last buat juga.ayah belikan aku motor,untuk kegunaan aku mudah ke sekolah,tapi aku pergi lepak dengan kawan-kawan.
SPM dah dekat,tinggal beberapa hari ja lagi,waktu tu orang semua tengah wat latihan soalan spm tahun-tahun lepas,aku baru tengah serabut kepala nak cari buku,banyak buku-buku aku kena baca dengan tikus,sampai tikus pun rasanya pandai lagi pada aku.memang serabut waktu tu,tension..tension..tension,yang tu ja aku tau,orang suruh pi tusyen,aku tak pi,tusyen kat pusat snooker ja..last-last sekali,aku tawakkal ja,pandai pulak aku waktu tu,tawakkal ja..ayah dengan mak tanya,macamna exam,tawakkal ja mak,ayah..yang tu ja yang aku cakap..
selang beberapa bulan lepas tu,keputusan peperiksaan keluar,orang lain dapat cemerlang,cukup-cukup makan,ok-ok ja,aku dapat KO,a,b,c semua aku bagi orang,aku ambik d ja,malam tu kena marah lagi dengan ayah,last skali ayah hantar aku ke sekolah agama,aku tinggal diasrama,aku ambik STAM,orang lain pakai baju,jeans pi universitri,aku pakai baju sekolah lagi,sekali lagi "raja snap" tertembak diri sendiri...

6 tahun kemudian....

Kini aku dah berusia 23 tahun,aku sudah lain,tak macam dulu,dulu aku macam tok dalik,sekarang aku dah macam ustaz Amirul,selepas saja dapat keputusan STAM,alhamdulillah,aku dapat melanjutkan pelajaran ke mesir,sekarang ni ketiga-tiga impian aku waktu budak-budak dulu dah pun tercapai.
Aku dah jadi pilot,aku dah terbang tinggi-tinggi pergi belajar di negara orang,dan aku dah jadi cikgu,aku sekarang bekerja disekolah lamaku,akhir sekali aku dah jadi polis,sebab aku kan "raja snap"sejak kecil lagi,apa yang aku fikirkan waktu aku budak-budak dulu dah aku capai..
Begitu juga impian ayah dan ibuku,apa yg mereka nak aku jadi,aku dah jadi,dan aku akan terus menjadinya,sebab macam aku cakap dulu,aku tetap "Orang"orang yang berguna yang akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang..aku sayang mak dan ayah..

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah SAW menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan :

"Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari,kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya,ajalnya,amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.Demi Allah yang tidak ada tuhan selain-Nya,..sehingga akhir ayat.."


Daripada hadis ini,menceritakan tentang bagaimana manusia diciptakan oleh Allah S.W.T hanya selama 120 hari,yang mustahil bagi kita berbuat demikian,apa yang saya nak kongsikan disini,adakah kita mampu gunakan hari-hari kita untuk berbakti kepada kedua orang tua kita..sebab itu tak mustahil bagi seorang anak,sesungguhnya apa yang mereka mahukan hanyalah kejayaan anak-anak yang soleh..renung-renungkan lah.........

Saturday, January 1, 2011

"Renungan bersama"

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"..

-Semoga dipermudahkan urusan dalam imtihan-

Tentang Kita,Kami..


Tentang kita dan kami....
ku coretkan dalam naskah kecil,
yang sedia menyimpan sejuta ingatan,
mengimbau kembali kisah dahulu,
tika kita terbang diawan,
melintasi langit-langit biru,
mencari pelangi mewarnai impian..

Tentang kita dan kami....
bersama turun menapak kebumi,
menjijak pepasir halus yang bertaburan,
berbekalkan niat yang pasak dihati,
mencari pasti satu lembaran,
melangkah serentak mempamerkan rentak,
membentuk lirik-lirik kehidupan..

Tentang kita dan kami....
mengerahkan tenaga berganding bahu,
menerokai segala pelusuk bumi,
memburu kelibat-kelibat ilmu,
yang bercabang didahan-dahan pokok,

yang tersembunyi dibalik gunung ganang,

menunggu si musafir datang bertandang..


Tentang kita dan kami....

janganlah berlengah membuang masa,

teguhkan ISLAM dimata-mata manusia,

menghambat kemunduran menghapus kegelapan,

bersama terangkan cahaya iman,

dalam kalbu yang suci,
lagi penuh ketaatan padaNYA..

Saturday, December 18, 2010

Sekilas doa buatmu..


Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kepada SAHABATku ini...

Ya Allah.. Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini... jangan Kau sempitkan dia dengan belenggu masalah.. jangan Kau hukum dia kerana kekurangan dan kelemahan yang ada dalam dirinya.. permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah...

Ya Allah... tempatkan SAHABATku ini di kalangan kekasih2Mu.. tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah SAHABATku ini di dunia & akhirat kerana aku amat mengasihi SAHABATku ini..

Demi Tuhan sekelian alam.. SAHABATku ini telah memberikan ketenangan..kegembiraan kepadaku... Engkau satukanlah hati2 kami Ya Allah...

Khas buat Sahabatku..
Haziq Zafiran dan Mansur Md Noor..Dan kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa dingati..:)

Friday, December 10, 2010

Kami TSUNAMI...


Kami selalu merenangi lautan kehidupan,melawan arus deras dan pukulan ombak,kami sudah biasa dengan ombak-ombak kecil,tetapi kami tidak sedari,tidak pernah tahu bahawa wujudnya ombak besar yang lebih hebat dari ombak biasa,pukulanya mampu melumpuhkan,menghayutkan diri didalamnya,sebab itu kami masih dilema,memikirkan ombak itu akan kembali,memikirkan adakah ia akan menjelma semula,mencari mangsanya...

Ia datang dengan penuh ketenangan,dengan penuh kelembutan,mengikis pasir-pasir pantai dengan perlahan,sebutir demi sebutir pepasir yang dikikis untuk di bawa ke tengah-tengah lautan,menemaninya seketika.
Ia tidak pernah serik mengikis lagi,mencari pepasir yang lebih cantik,yang lebih halus tuk kali ini,dihayutkan dengan penuh kasih sayang,membuat pepasir merasa berharga,dengan penuh percaya..

Berbekalkan kepercayaan yang memenuhi isi lautan,Ia menengelami kami kedasarnya,menerokai isi-isi dengan menghirup air masin yang terasa seperti gula,melihat keindahan didalamnya,semuanya cantik dipandang mata,yang dibutakan dengan janji-janji manis yang direnjis ke muka kami,seolah-olah kami diberikan oksigen untuk bernyawa..


Sudah 2 tahun berlalu,baru kami sedari rupanya kami ditipu,dipukau dan disantau olehnya,ombak yang kami rasakan tenang selama ini bertukar menjadi ombak besar,menghempap jasad-jasad kami yang difikirkan lemah,sebenarnya kami bukan lemah,bahkan kami lebih kuat sekarang,lebih gagah dari sebelumnya,kami mampu memusnahkan,kami mampu menghancurkan,kami sudah bersatu..kami sudah teguh..kami sekarang adalah..
TSUNAMI...

Moral<>berhati-hatilah dalam meletakan percaya kamu untuk seseorang,siasat latar belakangnya terlebih dahulu..jadi,berhati-hati,berhati-hati dan BERHATI-HATILAH.......

Tuesday, November 30, 2010

Qheta impian..


"Bila la leh dapat,salah satu dari impian ni..sapa ada impian camni gak,kejarlah bagi dapat..naik ja motor kejar,nanti naik myvi plak kejar"huhu..

Monday, November 29, 2010

Langkah ku melangkah..

Langkah ku melangkah,
satu demi satu langkah ku atur,
langkah ke depan tanpa berundur,
mencari tapak untuk berpijak,
mencari cahaya untuk menyuluh,
menyinari kegelapan yang menyelubung..

Langkah ku melangkah,

meneruskan langkah berjaga jaga,
agar tidak tersungkur ketanah,
membentuk luka yang amat dalam,
pedih dan sakit terasa dijiwa,
akan ku ubati dengan kalimah"Bismillah",
membersihkan hati membentuk peribadi..

Langkah ku melangkah,

aku harus bijak dalam melangkah,
merancang strategi mencari jalan keluar,
dari kesesatan rimba permasaalahan,
memilih jalan yang lurus dan tulus,
agar menemui satu harapan,
yang akan membentuk sejuta impian..

Langkah ku melangkah,

kutepis keletihan,
kupulau kepenatan,
dari menghinggapi jasadku,
menyedut madu-madu semangat,
yang selama ini ku tanam dengan niat,
ku siram dengan titisan air mata,
hanya menanti ia tumbuh mekar,
menyebar wangi aromanya..

Langkah ku melangkah,

tak akan terhenti bila diuji,
tak akan terpisah selain mati,
sementara nyawa jadi pinjaman,
kejarlah dan carilah garisan penamat,
kejayaan pasti dalam gengaman..


Peringatan<>
Redhalah,sabarlah dengan ketentuan,semoga dapat menambahkan iman..
kenali diri,ubati hati,bentukan akhlak yang sejati,agar hidup sentiasa diberkati..
ameen..:)

Tuesday, November 23, 2010

Setiap Manusia Punyai HATI

Hati....
Setiap manusia punyai hati,tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri,maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati luka hatinya,tapi ramai yang terlupa bahawa hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga atau neraka,dan ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.

Hati....
Setiap manusia punyai hati,hati adalah raja,hati adalah pemimpin yang diteladani,segala suruhan akan dituruti,setiap perintah akan dilaksanakan,apabila baik rajanya,maka baik jugalah pengikutnya,apabila kejam rajanya,maka binasalah empayernya.

Hati....
Setiap orang punyai hati,ia perlu dijaga,kerana hati ibarat rumah yang mempunyai enam pintunya,kuncilah ia supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun,sekiranya dimasuki,musnahlah rumah tersebut,enam pintunya adalah mata yang melihat,mulut yang berkata-kata,tangan yang mengengam,kaki yang melangkah,dah hidung yang menghidu,apabila salah satu pintu-pintu itu dibuka tanpa ilmu,maka hancurlah rumah itu.

Jadi perliharalah hati-hati kamu,jaga biakan ia menjadi kotor,bersihkan jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran,ingatlah Allah,jauhilah maksiat,lakukan apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang,semoga diberikan hidayah olehNYA..Ameeen..


SABDA NABI SAW: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dah harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan akmu"(Musnad Imam Ahmad :7814)

Monday, November 22, 2010

Masalah dan Problem


Masalah,problem,selalu ada,bila kita tak perlukan,ia datang menyapa,bila kita cuba nak selesaikanya,masalah lain pula yang timbul,seolah-olah diri kita tak kan pernah lari dari masalah,dikejar tanpa henti,sedangkan kita sudah letih berlari,apa yang kita mampu lakukan?adakah sekadar berdiam diri,seperti batu didalam sungai,menyerahkan diri pada arus air semata-mata.Bila diri ditimpa masalah,semua perkara menjadi salah,bila diri ditimpa bencana,semua benda jadi tak kena,macam-macam yang akan difikirkan,serabut,pening kepala,membuatkan diri bagai nak gila.

Sebenarnya bila masalah datang,janganlah sekali-kali kita menyalahkan takdir,ini tak kena,itu tak kena,cuba kita belajar untuk menerima masalah tu,kita kenali ia,kita selami sedalam-dalamnya,dan kita terima dengan hati terbuka,syukur adalah satu jalan yang baik,bila kita ditimpa musibah,syukurlah,bila kita ditimpa bencana,redhalah,kerana itu satu ujian dariNYA,Allah turunkan bala dan musibah adalah tanda Allah mencintai kita.

Belajar mengatasi sesuatu permasalahan,itu merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan,tapi ianya bukan mustahil,seperti yang saya katakan tadi,pemikiran kita akan jadi runsing dan tak tentu arah,oleh itu,betulkan arah,palingkan jasad ke kiblat,doalah pinta semangat,mohon taubat,cari ketenagan,supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan secara mudah,dan dapat berfikiran positif dalam menyelesaikannya.Temui keluarga,cari rakan-rakan,kongsi masalah,fikirkan bersama-sama,agar masalah dapat diselesaikan secara ukhuwah,dan penuh hikmah.Sesungguhnya Allah menjadikan masalah itu untuk menguji iman kita,Allah menciptakan masalah itu untuk mematangkan pemikiran kita,dah Allah memberikan masalah itu untuk membentuk kita kearah kesempurnaan,walaupun pada hakikatnya kesempurnaan itu adalah mustahil.

Kepada pembaca blog ini,hadapilah masalah dengan senyuman,nescaya satu hari nanti masalah itu akan berubah menjadi mutiara,yang sentiasa berkilau menunjuk sinaran,seperti mna firman Allah"sesungguhnya setiap kesulitan itu,ada kemudahanya"(Surah Al-Insyirah ayat 5)

Tuesday, November 2, 2010

Semangat

Semangat untuk belajar,menyebutnya amat mudah tapi melaksanakanya amat susah,Semangat untuk belajar,susah kita nak temui,tapi tak mustahil kita jumpai,bak kata pepatah melayu"dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan"juga seperti kata pepatah arab"Man Jadda Wajada"maksudnya siapa bersungguh,maka dia lah akan dapat,masaalahnya sekarang adakah kita mahu melalui jalan tu,mencari semangat yang hilang seperti salah satu lagu XPDC,semuanya terletak pada diri sendiri,tepuk dada tanya iman.Disini cerita hati kongsikan sedikit tip-tip bagaimana kita nak meningkatkan semangat belajar,khususnya untuk remaja-remaja yang masih belajar:

1-Betulkan niat seperti firman ALLAH:"segala perbuatan dimulakan dengan niat"
2-Belajar mengenali dan menyukai setiap mata pelajaran.
3-
Berkawan dengan orang yang suka belajar,kerana kawan ni amat penting dalam mencorakan
kehidupan,membentuk shahsiah diri.
4-Tulis dengan tulisan yang cantik(buat peta minda)sebab ia akan mempengaruhi mata kita,sekaligus mempengaruhi diri lebih bersemangat.
5-
Mewarnakan tulisan atau isi-isi penting,kerana warna amat mempengaruhi
otak.

6-
Buat study group,sebab ia dapat mengelakan diri kita dari mngantok atau bosan.
7-Kurangkan makan,kerana makan terlalu banyak,boleh menjadikan diri bertambah malas.
8-
Perbanyakan ibadat,minta pada ALLAH,supaya dipermudahkan urusan,minta ibu dan bapa doakan,baru hidup berkat(penting)

9-
Teruskan usaha,doa dan tawakkal


Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan,jika ada kekurangan,harap dimaafi,kerana saya juga masih belajar seperti kalian,masih ada kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbetulkan, Apabila kita melangkah,langkahlah kedepan dengan beraninya,pastikan langkah pertama kita berhati-hati kerana ia menentukan langkah kita yang keduanya,tetapi jika terjatuh,bangunlah dan teruskan melangkah lagi,jangan pernah serik untuk mencuba,biar sedikit susah,kedepannya pasti cerah.Temui semangat,usaha dengan kuat,carilah berkat,insyALLAH hasilnya pasti hebat.

Wednesday, October 27, 2010

Tazkirah ;Si Tanggang moden

KEMAMAN Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya....

-Petikan dari Kosmo-

Moral<>kerana mementingkan diri sendiri,seorang anak yang disusukan,yang dibelai manja oleh seorang insan yang bergelar ibu,mengunakan tangan yang dulunya sekecil ibu jari,yang sentiasa dipegang erat ketika menangis,dan yang sentiasa meminta helaian ringgit dengan memenuhi pipi lembut si ibu yang tak pernah berhenti menadah titisan air mata,teganya si anak,sanggupnya si anak,begitukah balasan kepada seorang ibu,yang sentiasa menaburkan bakti??

Wahai anak,wahai pemuda,engkau menjadikan dia sebagai tempat mengadu domba,engkau menjadikan dia sebagai tempat berkasih sayang,dan janganlah engkau menjadikan dia sebagai tempat membeli tiket ke neraka,jangan jadi anak derhaka,sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu,berbaktilah sebanyak mungkin,sementara mereka masih mampu melihat dunia,walaupun sudah dijamah usia..renungkanlah wahai anak muda...

Monday, October 25, 2010

Apa Salahku?

Apa salahku?
Puas ku cari namun tak ku temui,

Mulai diri tak mengerti,
terpinga-pinga dan terbujur kaku,
dimana salahku padamu,

dimana kesilapan berlaku,

bicara hatiku ingin tahu,


Apa salahku?

Buat dirimu marah padaku,

buat dirimu sdih dan pilu,

beritahu aku,khabari aku,

aku ingin tahu,aku merayu,

kasihanilah diriku,

Jika ada salah berlaku,

menguris hatimu,merusak jiwamu,
ampunkan aku,maafkan aku,

berikan peluang walaupun satu,

merobek kisah sayu,
menjadikan ia shahdu,


Jika benar adanya salah,

janganlah siksa diri begini,

aku hanya manusia yang lemah,

yang tak bisa melepasi diri,

dari meringkuk dalam penjara,
sarang pesalah betelurkan dosa,


Jika salah itu berlaku,

akan kukejar kemaafan sehabis mampu,

akan kupastikan keampunan dalam dakapanku,

walau letih jadi sandaran,

itu semua bukan alasan,
kerana ku tahu,aku bersalah..


-Ampunkan hambaMu Ya Allah..- -Sesungguhnya hambaMu ini banyak bersalah-

Saturday, October 23, 2010

Tazkirah ;Renungan Akhir Zaman

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang suka bercakap pasal dunia di dalam masjid

Moral >
Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah,adakah diri kita trmasuk

dalam kelima-lima golongan itu,Muhasabah diri..

Friday, October 22, 2010

Jom Koliah Paa..


"Jom Pakat-pakat p koliah,Semoga sama-sama dipermudahkan urusan"



"cara utk elak diri dari gi clas,penyamaran yang paling bijak,gerenti berkesan di belakang badan anda"(kena rotan)



"Adoi,tak larat nak pi clas la,semalaman gi clubing,ermm,,layan cita WonderPet la" "Kami tak besar dan kami tak kuat,bila berkerja makan,perut jadi berat?(lagu tema Wonderpet)"